Tiada Rahsia Lagi, Wenger Sedia Lepas Jawatan, Mahu Arteta Jadi Pengganti

Selepas beberapa tahun berhadapan dengan kempen #WengerOut, Arsene Wenger akhirnya memberitahu yang beliau sedah mempertimbangkan untuk meninggalkan Arsenal.

Wenger tidak pasti sama ada beliau akan menamatkan baki kontrak lanjutan 2 tahun yang beliau tandatangani sebelum ini ataupun melepaskan jawatan itu selepas Jun ini.

Dalam artikel kami siarkan sebelum ini, kami ada menulis bahawa bahagian ‘recruitment’ Arsenal menyenaraikan beberapa nama yang berpotensi gantikan Wenger, dan Mikel Arteta berada di dalam senarai tersebut.

Anda boleh baca artikel itu yang bertajuk Mikel Arteta, Protege Guardiola Yang Dikehendaki Arsenal Untuk Ganti Wenger

Arsene Wenger dikatakan sudah memaklumkan kepada Lembaga Pengarah Arsenal bahawa beliau secara peribadi mencadangkan bekas kapten Arsenal, Mikel Arteta sebagai pengganti beliau.

Namun keputusan akhir adalah di tangan pengurusan tertinggi pasukan dan pemilik kelab. Wenger menegaskan yang masanya sudah tiba untuk beliau meninggalkan karier kejurulatihan beliau.

Arteta kini menjadi pembantu Pep Guardiola di Manchester City. Beliau sedang berguru dengan Pep Guardiola untuk menguruskan pasukan dari segi taktikal dan pengurusan pasukan dalam era bola sepak moden.

Arsenal terkenal dengan DNA bola sepak moden dan falsafah yang dipelajari oleh Mikel Arteta pastinya menepati kriteria yang dimahukan oleh Arsenal.

Pep Guardiola menganggap Arteta sebagai antara orang penting dalam membantu beliau menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris.

Pep juga memberikan kredit kepada Arteta di atas kerja hebat beliau membantu pemain seperti Sterling mencapai potensi terbaik.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply