Tiada Piala Sultan Selangor Tahun Ini

Kerjasama Semuanya BOLA

Piala Sultan Selangor

Piala Sultan Selangor edisi ke-19 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 15 Ogos ini tidak akan diteruskan ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia ketika ini.

Menurut laporan Bernama, perkara itu disahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Selangor pada Rabu.

“Sultan Sharafuddin tidak mahu perlawanan itu berlangsung dalam stadium tanpa penonton.

“Piala Sultan Selangor adalah mengenai penyokong Selangor dan Singapura yang sentiasa memainkan peranan penting dalam sesuatu perlawanan dan ia berterusan,” ujar kenyataan itu.

Sebab utama pembatalan tersebut adalah keprihatinan Baginda yang mementingkan kesihatan dan keselamatan peminat bola sepak dari dijangkiti wabak berkenaan. Baginda berharap ianya akan dapat kembali dilangsungkan pada tahun hadapan.

Perlawanan persahabatan antara Selangor dan Singapura itu diadakan setiap tahun bagi mengenang nostalgia ‘permusuhan tradisi’ antara dua pasukan berkenaan yang pernah bersaing hebat dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) satu masa dahulu.

Sejak diperkenalkan bermula 2011, Selangor telah menjulang trofi ini sebanyak 10 kali manakala Singapura pula 8 kali.

Dalam edisi ke-18 pada tahun lepas, Selangor berjaya menewaskan lawan mereka itu dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Ifedayo Olesegun.

Kredit Foto: Royal Selangor Office

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Selangor:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply