Tiada Permohonan ‘Feeder Club’, Kelantan Dan Negeri Sembilan Beraksi Di Liga Premier

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam mengesahkan tiada permohonan daripada Perak atau Selangor mengenai penyertaan ‘feeder club’ seperti dilaporkan dalam media sosial.

“Kita sedia maklum itu hanya khabar angin di luar sana, tapi kita tidak mendapat maklumat rasmi daripada mana-mana pihak termasuk Selangor dan Perak.

“Buat masa ini, kita sedang menguruskan kalendar Liga Malaysia untuk musim 2019. Jadi, kita harap pasukan faham bahawa jika ada apa-apa yang mereka mahu lakukan, sudah tentu perlu makluman awal perlu dilakukan kepada MFL.

“Kita pun hadir pada satu program yang lakukan FAS (Persatuan Bolasepak Selangor) pada bulan lalu, tapi tiada apa-apa makluman mengenai isu ini,” katanya kepada Berita Harian.

Baru-baru ini terdapat khabar angin mengenai penubuhan ‘feeder club’ atau kelab pembangunan daripada pasukan Selangor dan Perak. PKNS FC dikatakan akan menjadi pasukan ‘Selangor II’ manakala PKNP FC sebagai ‘Perak II’.

Situasi itu memberi kelebihan kepada Skuad The Red Warriors (TRW) dan Hobin Jang Hobin untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan selepas disahkan tersingkir ke Liga Perdana apabila gagal mempamerkan persembahan terbaik selepas masing-masing hanya mengutip 18 dan 15 mata daripada 22 perlawanan.

Selain itu, Kevin menjelaskan permohonan untuk membentuk feeder club bukan sesuatu yang mudah dan ia perlu dinilai sepenuhnya oleh Lembaga Pengarah MFL terlebih dahulu.

“Jika dimohon pun bukannya benda itu (status feeder club) terus boleh dapat. Ia berdasarkan kelayakan pasukan itu dan kepada peraturan yang ada, malah tak semestinya semua boleh dijadikan feeder club,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN