Tiada Peningkatan Bersama Reduan, UiTM Mungkin Kembalikan Bernhardt

UiTM Bernhardt Reduan

Percaturan UiTM untuk merehatkan Frank Bernhardt dan menggantikannya dengan Reduan Abdullah nampaknya tidak memberikan sebarang impak positif selepas pasukan itu tewas tiga perlawanan berturut-turut di bawah pengendali baharu itu termasuk kekalahan 1-0 kepada PJ City pada Sabtu.

Sehubungan itu, timbul desas-desus yang mengatakan pihak pengurusan The Lion Troops bersedia untuk kembali menggunakan Khidmat jurulatih dari Jerman tersebut.

Reduan pula dalam kenyataannya kepada Bernama mengakui beliau akur dan mengalu­ alukan Bernhardt untuk kembali memimpin pasukan sekiranya itu yang diputuskan.

“Saya sebagai j urulatih interim sahaja, kalau Frank balik [semula ke UiTM] kita akur dengan keputusan yang dilakukan oleh pihak pengurusan,” ujar jurulatih berusia 68 tahun itu.

“Mungkin kembalinya semula beliau,ada nafas-nafas baharu yang boleh dikongsipada kita, kita alu-alukan.”

Gol tunggal M Tamilmaran pada minit ke-81 memberikan kemenangan kepada PJ City membolehkan skuad kendalian P. Maniam itu memintas Kuala Lumpur City dan naik ke tangga keenam liga.

Sementara UiTM pula terus sengsara menghuni tangga tercorot berikutan kekalahan kesembilan mereka pada musim ini dan dijadual bertandang ke Kuantan, Pahang untuk berdepan Sri Pahang pada perlawanan berikutnya.

Sebelum ini, Bernhardt dilaporkan direhatkan susulan prestasi buruk pasukan UiTM FC yang gagal mencatat kemenangan setelah mengharungi tujuh perlawanan dan hanya mampu mengutip satu mata hasil keputusan seri ketika menentang Penang.

Untuk rekod, Bernhardt yang juga bekas jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara dilantik sebagai pengendali UiTM FC awal tahun lepas dan berjaya mengemudi pasukan menghuni kedudukan keenam Liga Super 2020.

Pencapaian itu boleh dianggap membanggakan pada penampilan pertama mereka dalam kancah Liga Super apabila menepis andaian yang mereka bakal menjadi pasukan ‘lauk’ pada musim lepas.

Mamun kecemerlangan itu tidak dapat diteruskan pada musim ini apabila mereka bergelut selepa s hanya berjaya mengutip satu mata dan sekadar meledak tiga gol dalam tujuh perlawanan sebelum diganti dengan Reduan.

Kredit Foto: UiTM FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

5 Fakta Menarik Mengenai Hakimi Abdullah Perlu Anda Tahu Selepas Bocori Gawang JDT

[VIDEO]: TMJ Lawat Bilik Persalinan Terengganu FC, Ucap Tahniah Tumbangkan JDT

Apa Rahsianya Perubahan Permainan Penang FC Ketika Tundukkan Sri Pahang?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply