Tiada Masalah Bayar Gaji Walaupun Liga Ditangguhkan

Walaupun kini saingan CIMB Liga Malaysia sedang berehat kerana penularan wabak Covid-19, pasukan tidak mempunyai masalah dalam membayar gaji pemain mereka.

Terdapat beberapa pasukan yang mengatakan mereka masih lagi berada dalam keadaan kewangan yang baik dan boleh meneruskan pembayaran gaji pemain dan staf seperti biasa.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Azlin Nadzri memberik isyarat positif pasukannya masih lagi mampu bernafas walaupun sering diberikan momokan negatif yang mereka mengalami kesukaran.

“Saya tidak tahu dari mana sumber mengatakan Perak akan jadi salah satu pasukan yang terjejas ekoran liga ditunda memandangkan tiada duit kutipan tiket dan penarikan penajaan.”

“Ketiadaan pendapatan daripada jualan tiket tidaklah memberi kesan besar kepada kewangan pasukan ekoran liga terpaksa ditangguh kerana COVID-19 kerana kami sudah dibantu oleh banyak sumber tajaan.”

Selain Perak, Terengganu juga memberikan isyarat mereka tidak mempunyai masalah pembayaran gaji pemain buat masa ini.

Setiausaha Kehormatnya iaitu Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil mengatakan para penaja semuanya memberikan komitmen tinggi dalam usaha untuk membayar gaji pemain.

“Saya tidak pasti kenapa Terengganu ada dikaitkan dalam isu ini sedangkan kami sendiri sudah mendapat sokongan yang cukup baik daripada kerajaan negeri, syarikat-syarikat GLC(milik kerajaan negeri Terengganu) dan penaja utama kami sendiri, Red One.”

“Mereka tidak ada pun cakap akan menarik balik tajaan ekoran liga ditangguhkan kerana COVID-19 dan sokongan yang mereka berikan adalah sehingga penghujung musim ini.”

Saingan bola sepak tempatan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keadaan mengenai wabak ini reda.

Baca juga artikel kami mengenai Liga Malaysia:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram