Tiada Lagi T-Team FC Dalam Saingan Liga Malaysia

T-Team FC secara rasminya telah dibubarkan dan kelab bola sepak yang berpengkalan di Terengganu itu tidak akan meneruskan saingan di Liga Super 2018, walaupun layak untuk bertanding dalam saingan tersebut pada musim hadapan.

Desas desus T-Team tidak akan meneruskan cabaran di dalam saingan Liga Super 2018 mulai kedengaran sejak beberapa minggu yang lalu.

Akhirnya perkara itu status pasukan tersebut disahkan sebentar tadi melalui satu kenyataan yang dimuat naik ke laman media sosial rasmi, Facebook milik pasukan itu.

“Hari ini secara rasminya telah diumumkan bahawa tiada lagi T-Team FC sebagai kelab yang mewakili negeri Terengganu untuk bertanding di Liga Malaysia. T-Team bakal digantikan dengan Terengganu II bagi ditempatkan di Liga Perdana 2018.”

“Kami dari pihak T-Team dengan penuh rasa hormat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu T-Team sejak awal penubuhan pada 2006 yang asalnya hanyalah sebuah platform untuk mencungkil bakat-bakat bola sepak di negeri Terengganu sehinggalah kini T-Team berjaya menjadi sebuah pasukan yang berjaya bersaing di peringkat tertinggi di Malaysia,” ujar kenyataan tersebut.

Serentak dengan pembubaran pasukan yang mulai bertapak di dalam kancah saingan domestik sejak 2006 itu, tempat pasukan berkenaan akan digantikan oleh Terengganu II yang akan bersaing di 100Plus Liga Premier pada musim hadapan.

T-Team FC pada asalnya berasal daripada pasukan milik Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu (PBDKT) yang mulai bersaing di dalam Liga FAM pada 2008.

Kredit: T-Team FC, facebook

Sebelum itu, pasukan ini turut pernah dikenali sebagai PBDKT T-Team, sebelum ianya menjadi lebih sinonim dengan panggilan T-Team FC. Pada 2009, T-Team FC melayakkan diri untuk beraksi di dalam saingan Liga Perdana selepas menjuarai Liga FAM pada 2008.

Prestasi pasukan ini terus mencuri tumpuan apabila berjaya muncul naib juara Liga Perdana pada kemunculan sulungnya dalam saingan tersebut pada 2009.

Pencapaian tersebut sekaligus melayakkan T-Team FC untuk beraksi di Liga Super mulai 2010. Untuk 2 musim kebelakang dalam saingan Liga Super Malaysia, pasukan ini menduduki tangga ke-7 dan juga tangga ke-9 pada musim lalu.

Tinggal kenangan. Kredit: T-Team FC, Facebook.

Antara bekas pemain yang pernah beraksi bersama T-Team ialah Hairuddin Omar, Rosdi Talib, Zairo Anuar Zalani, Mohd Faiz Subri, Abdul Hadi Yahya dan Indra Putra Mahayuddin.

Beberapa jurulatih terkemuka turut pernah melatih T-Team FC seperti Ahmad Yunus Mohd Alif, Peter James Butler, Mohd Azraai Khor Abdullah, dan yang terkini Rahmad Darmawan daripada Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN