Thomas Tuchel Tidak Dapat Tidur Jika Kehilangan Pemain Sehebat Neymar

Jurulatih Paris Saint-Germain Thomas Tuchel berkata beliau tidak akan dapat tidur, sekiranya Neymar meninggalkan kelab itu – walaupun beliau sedar akan beberapa kelompok penyokong mulai mahu melihat Neymar keluar serta merta.

Neymar tidak terlibat dalam perlawanan pembukaan Ligue 1, melibatkan PSG melawan Nimes – di mana PSG menang 3-0.

Dalam perlawanan tersebut Ultras PSG melancarkan kempen Anti-Neymar. Mereka mahu Neymar berambus segera, dan menuduh pemain itu sebagai paling keji dalam sejarah.

Tuchel memberitahu wartawan beliau tidak tahu akan cerita bahawa Neymar mahu keluar dari PSG.

Tuchel berkata: “Saya tidak tahu menahu berita tentang masa depannya, dia bersama kami dan berjuang untuk kami.”

Walaubagaimanapun, Tuchel sedar, bahawa Neymar dikehendaki oleh semua kelab di dunia, dan beliau menerima hakikat bahawa pemain itu boleh pergi pada bila-bila masa.

“Jika kami kehilangan Neymar, saya tidak akan dapat tidur, kerana sukar untuk kehilangan pemain seperti beliau dan sukar untuk mencari pemain yang boleh melakukan perkara yang sama seperti yang beliau lakukan untuk kami.”

“Dan jika beliau pergi, kami perlu perlu mencari penyelesaian tanpa beliau di dalam pasukan.”

“Saya sedang cuba meyakinkan beliau untuk terus kekal, tetapi, ia adalah pilihan peribadi, ia di antara beliau dan kelab.”

Pada hari Jumaat, pengarah sukan PSG, Leonardo menyatakan pihak mereka masih mencari penyelesaian tentang masa depan Neymar. Ia sekaligus memberikan isyarat bahawa PSG sudah bersedia kehilangan Neymar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN