Thomas Tuchel: Semua Orang Mahukan Khidmat Neymar & Kylian Mbappe

Mbappe

Selepas Zinedine Zidane diumumkan kembali menjadi pengurus Real Madrid, terdapat beberapa nama pemain bintang yang berada dalam radar Los Blancos.

Nama dua pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe juga turut disebut sebagai sasaran utama Real Madrid bagi memperkasakan pasukan tersebut selepas mengharungi musim 2018/19 yang suram.

Hasrat itu dinyatakan sendiri Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang turut memberikan bayangan untuk membawa masuk kedua-dua pemain berpengaruh tersebut ke Santiago Bernabeu.

MADRID, SPAIN – MARCH 11: Zinedine Zidane (R) poses with his wife Veronique Zidane (C) and Florentino Perez, President of Real Madrid after being announced as new Real Madrid head coach at Estadio Santiago Bernabeu on March 11, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Namun, bagi pengurus PSG, Thomas Tuchel, beliau mengakui sudah biasa mendengar khabar angin melibatkan pemainnya itu.

Tuchel menegaskan bahawa beliau tidak terkesan dengan komen Perez yang berminat untuk mendapatkan Neymar dan Mbappe serta turut menyifatkan ‘semua orang mahukan’ gandingan itu.

”Ia sesuatu yang normal kerana semua orang mahukan Neymar, Mbappe, (Marco) Veratti atau Marquinhos dalam pasukan mereka, ia tidak langsung mengganggu saya untuk mengatakannya.”

”Mereka merupakan pemain yang popular tetapi mereka adalah pemain kami dan itu adalah yang paling penting.”

BELGRADE, SERBIA – DECEMBER 11: Neymar (R) of Paris Saint-Germain celebrates after scoring a goal with head coach Thomas Tuchel during the UEFA Champions League Group C match between Red Star Belgrade and Paris Saint-Germain at Rajko Mitic Stadium on December 11, 2018 in Belgrade, Serbia. (Photo by Srdjan Stevanovic/Getty Images)

Gandingan Neymar dan Kylian Mbappe sememangnya antara duo yang menarik minat kelab besar dunia untuk mendapatkan khidmat mereka apabila kedua-duanya telah menjaringkan sejumlah 38 gol setakat ini.

Mbappe telah menghasilkan 25 gol manakala Neymar yang masih dalam proses  pemulihan kecederaan metetarsal mencipta 13 jaringan.

 

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply