Thomas Tuchel Mahu Lebih Kenangan Indah Bersama Chelsea

Thomas Tuchel

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel jelas sekali berasa gembira dengan tempoh perkhidmatannya bersama The Blues ketika ini.

Berpotensi untuk memperoleh kejuaraan berganda menerusi FA Cup dan UEFA Champions League (UCL), Tuchel mengatakan beliau kini bersedia untuk mengharungi lebih banyak detik indah bersama kelab itu.

Oleh itu, bukanlah satu rahsia untuk pengurus dari Jerman itu mahu kekal di Stamford Bridge melebihi dari tempoh kontrak 18 bulannya.

Menurut laman Goal, pada awalnya Tuchel mengaku yang dirinya berasa risau akan jumlah tempoh kontrak yang ditawarkan.

“Pada mulanya saya ada risau mengenai kontrak. Tetapi selepas itu, saya berasakan tidak kira berapa lama tempoh yang diberikan ianya tidak berubah.”

“Saya masih akan memberikan sehabis baik dan menghadiahkan impak kepada pasukan, jadi ianya tidak akan mengubah apa-apa.”

Kata Tuchel lagi, beliau cukup gembira berada di Chelsea ketika ini dan ianya disumbangkan menerusi perasaan kekeluargaan di kelab itu.

“Jika saya berhak untuk kekal di Chelsea, saya amat gembira dan akan cuba kekal selama mana saya mampu. Saya kini berasa seperti sebahagian daripada keluarga Chelsea ketika ini.”

“Kelab ini teramat profesional, segala bentuk sokongan diberikan dan ini membuatkan saya selesa untuk berdiri di tepi padang. Jadi saya tidak peduli dengan terma di dalam kontrak, saya perlu lakukan apa yang perlu untuk kekal lama di Chelsea.”

Chelsea kini selangkah sahaja dari mengecapi kejuaraan Eropah kedua dengan sekarang mereka berada di separuh akhir UCL.

Sementara bagi FA Cup, mereka bakal membuat perhitungan dengan Leicester City di perlawanan akhir.

Baca juga artikel kami mengenai Thomas Tuchel:

‘Kepercayaan & Keberanian’ – 2 Prinsip Tuchel Yang Memastikan Gawang Chelsea Terus Kebal

Tuchel: Pengaruh Jurgen Klopp Sebagai Pengurus Terlalu Kuat

Ralph Hasenhuttl vs Thomas Tuchel, Pertembungan ‘DNA Bundesliga’ Di EPL

Leave a Reply