Thomas Tuchel Dipilih Demi Menerapkan ‘DNA Jerman’ Di Chelsea

Thomas Tuchel Jerman

Sebaik sahaja ‘menghalau’ Frank Lampard, khabar angin bertiup kencang mengatakan Chelsea telah pun berunding dengan jurulatih warga Jerman, Thomas Tuchel untuk memulihkan keadaan pasukan itu.

Tidak dinafikan Timo Werner dan Kai Havertz merupakan ‘marque signings‘ atau pembelian paling penting buat kelab barat London tersebut dan kedua-dua gagal mencapai tahap yang diharapkan di bawah kendalian legenda Chelsea tersebut.

Nilai £120 juta yang ‘dilaburkan’ untuk dua pemain antarabangsa Jerman berkenaan pastinya satu jumlah yang cukup besar dan kegagalan untuk memberi pulangan yang lumayan sudah tentu membuatkan pemilik Chelsea, Roman Abramovich tidak senang duduk.

Projek gagal

Werner dan Havertz yang dibawa masuk dari RB Leipzig dan Bayer Leverkusen pada awal musim dicanang sebagai pemain yang mempunyai masa depan yang cerah berdasarkan pencapaian mereka bersama bekas kelab masing-masing.

Namun selepas saingan memasuki separuh musim, gandingan kedua-dua pemain tersebut di bawah Lampard hanya mampu merekodkan lima gol dan enam bantuan jaringan dan sehingga kini masih ‘terkial-kial’ mencari posisi terbaik dalam corak dan sistem permainan bola sepak Inggeris.

Kali terakhir Werner menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah pada awal November lalu ketika menewaskan Sheffield United, manakala Havertz pula lebih ‘menyedihkan’ iaitu bulan Oktober.

Hakikatnya bukan mudah buat semua pemain terutamanya bagi pemain muda untuk menyesuaikan diri di negara baharu, apatah lagi liga popular yang paling mendapat tumpuan di seluruh dunia seperti EPL.

Jerman ‘menguasai’ England

Jurgen Klopp dan Ralph Hasenhuttl telah membuktikan bahawa jurulatih dari Bundesliga mampu menjanjikan sesuatu yang positif di England selepas kedua-dua berjaya mencipta impak bersama kelab masing-masing.

Klopp dengan kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan menamatkan penantian 30 tahun Liverpool untuk memenangi kejuaraan liga.

Hasenhuttl yang juga pernah membimbing Werner di Leipzig telah mengubah Southampton menjadi sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan dengan DNA dan falsafah yang dibentuk olehnya.

Maka pemilihan Tuchel pastilah disertai dengan harapan yang tinggi oleh pihak pengurusan Chelsea agar jurulatih warga Jerman tersebut dapat membawa idea dan pendekatan yang lebih segar terutamanya dalam mencungkil potensi terbaik dari dua pemain penting ini.

Penutup

Tuchel cukup terkenal dengan kebijaksanaannya dalam taktikal dan telah membuktikannya keupayaannya ketika membimbing Mainz, Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG)

Sekalipun telah membawa PSG menguasai saingan domestik dan melangkah sehingga perlawanan akhir UCL pada musim lepas, beliau tetap disingkirkan disebabkan ‘penanda aras’ yang terlampau tinggi di kelab mewah tersebut.

Dengan adanya Werner, Haverts dan Antonio Rudiger di Chelsea yang diuruskan oleh Tuchel, pastinya tidak lama lagi, kita akan menyaksikan satu lagi kelab dengan ‘DNA Jerman’ dalam saingan EPL.

Kredit Foto: Getty Images

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Thomas Tuchel dan Chelsea:

Penyokong Chelsea Mengamuk Lampard Lepaskan Tomori Ke AC Milan

5 Perkara Daripada Pemecatan Frank Lampard Oleh Chelsea

Tuchel Perlekehkan Taktikal Solskjaer Dan Samakan United Dengan Guingamp

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN