Thomas Tuchel Laksana Diet Ketat Untuk Jaga Pemakanan Para Pemain PSG

Pelbagai perkara yang perlu dijaga apabila anda menjadi pemain bola sepak profesional.

Selain dari komited dalam menjalani latihan, mereka juga perlu menjaga pemakanan dalam masa yang sama.

Oleh kerana itu, pengurus Paris Saint-Germain iaitu Thomas Tuchel mengambil langkah tegas untuk memastikan para pemain beliau tidak leka dalam hal ini.

Menurut sumber di Perancis, Tuchel telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan lawatan ke restoran-restoran serta kelab-kelab malam yang ada di sekitar Paris.

Foto: FourFourTwo

Tuchel telah mengenal pasti beberapa restoran dan juga kelab malam yang sering dikunjungi oleh para pemain beliau.

Walaupun begitu, tindakan yang dilakukan oleh Tuchel tidaklah begitu keras kerana beliau tidak menghalang para pemainnya untuk ke tempat-tempat tersebut secara sepenuhnya.

Sebaliknya, beliau hanya mengenakan diet yang ketat kepada para pemain beliau.

Tuchel juga meminta para pengusaha kelab malam di Paris untuk melaporkan kepada beliau sekiranya terdapat pemain PSG datang ke mana-mana kelab malam.

PSG striker Edinson Cavani is reaping the benefits of playing alongside Neymar and Kylian Mbappe and expects the trio to be better in 2018.

Diet ketat yang diamalkan oleh Tuchel turut menyaksikan beliau mengharamkan para pemain beliau untuk menikmati makanan segera, manisan serta minuman bersoda.

Selain itu, beliau tidak membenarkan pemainnya untuk menikmati pasta selepas perlawanan.

Dani Alves merupakan pemain pertama yang merasai diet ketat yang diperkenalkan oleh Tuchel.

Beliau kini sedang menjalani proses rehabilitasi untuk kecederaan beliau di kelab dan pengurusnya mengenakan diet khusus untuk Alves amalkan sepanjang proses pensembuhan beliau.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram