Thomas Tuchel Bingung Mengapa Chelsea Gagal Pamer Aksi Terbaik

Thomas Tuchel bingung mengapa Chelsea gagal pamer aksi terbaik ketika kekalahan 1-0 mereka di tangan Juventus dalam saingan Champions League awal pagi tadi.

The Blues merekodkan kekalahan kedua mereka musim ini selepas gagal mempamerkan aksi persembahan terbaik bertemu Juventus.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel tampil menjelaskan tentang persembahan anak-anak buahnya di Turin awal pagi tadi, namun beliau sendiri bingung memikirkan mengapa skuadnya gagal pamer aksi terbaik dalam perlawanan tersebut.

Pengurus dari Jerman itu menyatakan bahawa:

“Saya rasa kami sedikit perlahan dan penat, perlahan dalam membuat keputusan. Sebab itulah sedikit aneh untuk buat analisis, tapi persembahan memang tak cukup bagus, tak begitu berkesan hari ini. Saya tak tahu kenapa, semuanya serba tak menjadi.”

“Di tahap ini, kamu tak boleh bolos gol mudah pada awal aksi babak kedua permainan. Ketika kamu tahu apa akan datang dan kamu perlu susun pertahanan dengan betul. Kebiasaannya kami mampu untuk bertahan. Tapi hari ini kami dihukum kerana itu.”

“Kami sepatutnya lebih tajam, lebih bertenang. Saya tak tahu apa yang berlaku.”

Juventus berjaya mencatatkan kemenangan tipis bertemu Chelsea untuk memastikan mereka terus mendahului saingan peringkat kumpulan H, selepas merekodkan dua kemenangan berturut-turut.

Pengurus Juventus, Max Allegri turut memuji aksi persembahan anak-anak buahnya dalam perlawanan pada hari ini, dengan mereka berjaya menewaskan Juara bertahan saingan Champions League itu.

Pengurus dari Itali itu menyatakan bahawa:

“Pelaut akan sentiasa mencari jalan untuk keluar dari ribut. Perlawanan pada malam ini bertemu Juara Eropah sangat bagus. Secara teknikalnya kami boleh bermain dengan lebih baik, namun kami sedikit gugup dan terlepas beberapa kesempatan ketika melakukan serangan balas.”

“Dua perlawanan, enam mata, kosong bolos, satu lagi langkah untuk layak lebih jauh, langkah permulaan yang baik.”

Chelsea dan Juventus berada di jalan yang berbeza pada ketika ini

Chelsea memulakan musim 2021/22 dengan sangat sempurna selepas mereka merekodkan enam kemenangan dan hanya satu keputusan seri dari tujuh perlawanan awal dalam semua pertandingan.

Juventus sementara itu memulakan kempen saingan musim ini dengan serba tidak menjadi, dengan mereka gagal mencatatkan kemenangan dari tiga perlawanan awal dalam semua pertandingan.

Walau bagaimanapun, laluan mereka berubah sejak beberapa minggu ini, dengan The Bianconeri berjaya merekodkan empat kemenangan dan satu seri dari lima perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

The Blues sementara itu menderita kekalahan berganda dalam dua perlawanan terakhir mereka, selepas sebelum ini mereka mencatatkan kekalahan bertemu Manchester City dalam saingan Premier League.

Minggu ini, skuad kendalian Thomas Tuchel itu mencatatkan kekalahan kedua ketika beraksi bertemu Juventus dalam saingan Champions League.

Sedikit sebanyak Thomas Tuchel tentunya merasa tertekan pada ketika ini, selepas mereka mencatatkan kekalahan berganda.

Selain kerana banyak melabur, Chelsea sememangnya pasukan pilihan untuk memenangi gelaran Premier League atau Champions League pada musim ini.

Mereka dilihat sebagai sebuah pasukan yang serba lengkap di setiap posisi dengan dibarisi ramai pemain berprofil tinggi.

Chelsea selepas ini akan kembali memulakan kempen saingan Premier League bertemu Southampton dan mereka tentunya terdesak untuk kembali mendapatkan rentak kemenangan, dan mahu mengelak dari merekodkan kekalahan ketiga.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN