Thomas Dooley Direhatkan, Dollah Salleh Kembali Jadi Nakhoda Sri Pahang

Thomas Dooley Dollah Salleh Sri Pahang 2021

Nampaknya khabar angin status pengendali Sri Pahang, Thomas Dooley sudah terjawab apabila beliau dikatakan ‘direhatkan’ dan digantikan oleh Dollah Salleh.

Sri Pahang tumbang dalam dua perlawanan, tewas 1-3 kepada Selangor FC diikuti tewas 0-2 kepada Perak FC. Selepas itu tersebar khabar angin tentang jurulatih Liga Super yang telah direhatkan atas sebab prestasi pasukan yang tak seberapa.

Rata-rata penyokong dilihat berada di belakang Thomas Dooley dan ‘kurang mengalu-alukan’ kehadiran semula bekas pengendali, Dollah Salleh ke dalam pasukan itu. Menurut mereka, ini tanda-tanda pengendali asal Amerika Syarikat itu dipecat.

Menurut maklumat yang dikongsi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Azam Zainal, Thomas Dooley telah direhatkan oleh pengurusan dan bekas pengendali, Dollah Salleh akan kembali membawa pasukan menjelang aksi berdepan Melaka United.

Katanya, “Bekas jurulatih negara Dollah Salleh ditugaskan untuk mengendalikan Sri Pahang FC untuk pertemuan menentang Melaka United malam ini.”

“Thomas Dooley yang tidak bersama pasukan ketika ini difahamkan telah direhatkan,” ujar Zulhelmi Zainal Azam mengenai status terkini pengendali skuad Sri Pahang yang nampaknya sudah bergolak sejak daripada awal musim tempohari lagi.

Thomas Dooley menjadi tumpuan dalam dua isu iaitu melepaskan penyerang yang dibawa Sri Pahang sebelum kehadirannya, Sergio Aguero – dipinjamkan ke Perak II. Isu kedua adalah tentang kritikannya mengenai tahap fasiliti Sri Pahang.

Jika dilihat, tiada apa yang terlalu teruk dalam tindakan dan kenyataan bekas pemain Amerika Syarikat di Piala Dunia itu. Namun, adakah itu puncanya?

Selain itu, keputusan perlawanan yang tidak memihak kepada skuad Tok Gajah juga dilihat ‘membantu’ pihak pengurusan untuk ‘merehatkannya’ kali ini.

Begitupun, sebenarnya aksi permainan mereka boleh diberikan kredit walaupun tewas. Sebagaimana katanya, mereka ada masalah sentuhan penyudah.

“Amat jelas, kami tidak mahu berada dalam situasi sebegini. Saya katakan kepada pemain, saya gembira dengan permainan mereka. Kami mencipta banyak peluang tetapi tidak menyudahkannya. Itu masalah yang kami sedang hadapi,” jelasnya.

Baginya, ada dikalangan pemainnya seperti kehilangan ‘mentaliti’ untuk menjaringkan gol. Katanya lagi, “Keputusan ini tidak mencerminkan keseluruhan permainan kami. Kami sepatutnya menang dua gol tanpa balas. Kini, kami perlu terus pandang ke depan. Saya gembira dengan permainan, tetapi tidak dengan keputusan.”

Oleh itu, adakah Sri Pahang akan kembali ke gaya permainan musim lalu? Harus diingat, musim lalu mereka menamatkan musim di kedudukan ke-8 Liga Super di bawah kendalian Dollah Salleh. Bolehkah Dollah Salleh mengubah nasib mereka?

KREDIT FEATURED IMAGE: NSTP/ Asrol Awang

Baca lagi artikel lain mengenai Thomas Dooley dan Sri Pahang:

Thomas Dooley Jelaskan Situasi ‘Kekok’ Sri Pahang Sisihkan Sergio Aguero

Helmi Eliza Antara ‘Korban’ Sri Pahang Berdepan Melaka United?

‘Macam Divisyen 8 Jerman’, Thomas Dooley Kritik Fasiliti Sri Pahang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN