Thomas Dooley Dedah Pengurusan Sri Pahang Arah Supaya Jauhi Pasukan

Thomas Dooley Sri Pahang 2021 bendera putih

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley akhirnya membuka mulut mengenai keadaan sebenar dirinya sejak disingkirkan daripada tugas mengendali pasukan Liga Super itu hanya selepas dua perlawanan.

Dalam temubualnya bersama Astro Arena, bekas jurulatih skuad kebangsaan Filipina itu mendedahkan bahawa beliau dan pembantunya Christopher Gamel telah dinilai hanya berdasarkan keputusan dua perlawanan (kalah kepada Selangor dan Perak).

“Perancangan mereka [pengurusan] masih sama. Kami masih tidak dapat bersama pasukan, kami ‘direhatkan’. Kami bermesyuarat dan mereka memberitahu saya bahawa persembahan dua perlawanan lalu tidak begitu bagus,” ujar jurulatih berusia 59 tahun itu.

“Jadi saya persoalkan apa yang tidak kena? Tapi kemudian kami dimaklumkan agar menjauhi pasukan. Saya menerima mesej dan panggilan daripada pemain yang bertanyakan apakah yang terjadi tapi saya tidak boleh mendedahkannya.”

Menurutnya kejadian penyingkirannya itu berlaku begitu pantas lalu meninggalkan anak buahnya dalam kebingungan.

Dengan pengakuan Dooley itu, ia sekaligus menafikan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang yang mengatakan jurulatih kelahiran Jerman itu diberi ‘tugas baharu’ selaku penasihat pasukan.

Dalam pada itu, Dooley turut mengesahkan beliau kini sedang membuat perundingan dan akan meninggalkan pasukan dalam masa terdekat kerana sudah diintai oleh beberapa pasukan kebangsaan selain sebuah pasukan di Thailand yang mahukan khidmatnya.

“Saya ada mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak dan saya mungkin akan meninggalkan pasukan minggu depan. “Ia sesuatu yang lazim dalam memulakan perbincangan, ia bukan sesuatu yang muktamad.”

Selepas penyingkiran Dooley, prestasi Pahang tidaklah bertambah baik di mana pasukan itu kini sedang menduduki tangga kedua tercorot Liga Super dengan hanya mengumpul lima mata selepas lapan perlawanan.

Kredit Foto: Sri Pahang

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Selepas Terima Vaksin, Kedah Harus Bersedia Dengan Kesan Sampingan

Shahrul, Ayimbila Boleh Tampung Ketiadaan Heubach Selama 6 Minggu

Ifedayo Tenang Berdepan Cabaran Bergson Untuk Perebutan Kasut Emas

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply