Thomas Delaney: Bintang Denmark & Ikon 350 Juta Populasi Dunia Kerana Buta Warna

Seperti mana cabang sukan yang lain, bola sepak juga mengandalkan ketahanan fizikal yang tinggi. Hampir seluruh organ pada tubuh memainkan peranan tertentu ketika bermain bola sepak.

Pada era moden ini, bola sepak bukan sekadar sebagai permainan untuk beriadah. Ia juga sebuah pertandingan yang memerlukan pemain bertanding menggunakan strategi dan fizikal.

Untuk memiliki karier sebagai seorang pemain bola sepak, tidak bererti seorang pemain itu harus memiliki fizikal yang sempurna.

Pemain yang tidak sempurna

Thomas Delaney dianggap sebagai seorang pemain luar biasa kerana keunikkannya. Siapa sangka pemain tengah bertahan (defensive midfielder) ini sebenarnya adalah seorang yang buta warna.

Tidakkah sukar untuk beliau mengenalpasti rakan sepasukan di dalam padang? Bagaimana beliau membezakan kad amaran dilayangkan pengadil?

Penyakit buta warna yang dihadapi Delaney tidak pernah menghalang pemain itu untuk terus aktif bermain di tahap tertinggi sehingga pada hari ini, Delaney adalah pemain penting Borussia Dortmund (kini bersama Sevilla) dan skuad kebangsaan Denmark.

Delaney bukan satu-satunya pemain bola sepak profesional yang memiliki masalah penglihatan, tetapi aktif bermain secara profesional.

Kes yang dihadapi oleh Delaney hampir sama dengan kejadian menimpa Edgar Davids yang menghidap Glaukoma. Bezanya Davids boleh memakai alat bantuan seperti kaca mata untuk aktif bermain.

Walaupun tidak mempunyai alat bantuan sedemikian, Delaney tetap mampu bermain di tahap tertinggi sejak 15 tahun yang lalu.

Di dalam keadaan biasa, keadaan seperti Delaney akan menyebabkan kelab menjauhkan diri. Dengan erti kata lain, pendedahan akan masalah seperti ini boleh menghancurkan karier seseorang pemain. Tetapi apa yang mendorong Delaney berkongsi secara terbuka mengenai kekurangan dirinya?

Thomas Delaney menderita Protanopia

Membuka aib diri sendiri di dalam dunia bola sepak sama seperti membunuh diri. Tetapi, Thomas Delaney tetap terbuka berkongsi mengenai penyakit yang dideritainya, iaitu buta warna.

Buta warna bukanlah penyakit biasa di dalam dunia bola sepak. Penyakit ini mengganggu penglihatan pemain secara langsung ketika perlawanan.

Walaupun sedar buta warna atau turut dikenali sebagai protanopia mampu menjejaskan karier bola sepak yang dimilikinya, Delaney tetap terbuka berkongsi pergelutan yang dialaminya di media massa.

β€œNama saya Thomas Delaney, saya penghidap protanopia dan inilah yang terjadi padaku,” ujar Delaney seperti yang dilaporkan oleh MarcaΒ  sebelum bermulanya Piala Dunia 2018.

Buta warna adalah keadaan di mana kemampuan mata membezakan warna-warna tertentu menurun. Dan untuk Delaney, ia mengidap buta warna Protanopia di mana ia sulit membedakan warna hijau dan merah.

Apa yang diderita Delaney pernah mendatangkan masalah kepadanya ketika bermain. Pada Piala Dunia 2018 lalu, kedua-dua pasukan Denmark vs Australia, terpaksa rela menggunakan jersi kedua disebabkan Delaney.

Ini kerana warna asal merah (Denmark) dan kuning (Australia) mempunyai asas warna yang sama iaitu warna putih pada penglihatan Delaney.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Denmark terpaksa menyarung jersi warna putih dan Australia pula menggunakan jersi warna hijau supaya Delaney tidak mengalami masalah penglihatan ketika perlawanan.

Cabaran dihadapi Delaney

Delaney sedar akan kekurangan yang dihadapinya akibat protanopia sehingga menyebabkan kesulitan membezakan antara kawan dan mana lawan.

“Ada masanya ketika beraksi di padang, ia amat sukar untuk menilai siapakah rakan sepasukan dan siapa pemain pasukan lawan,” dedah Delaney mengenai kekurangan yang dihadapinya.

Walaupun memiliki kekurangan yang jelas, Delaney tetap mampu menampilkan permainan yang diharapkan oleh Dortmund dan Denmark selama ini.

Beraksi sebagai pemain tengah bertahan, Delaney bekemampuan membaca permainan lawan dengan luar biasa. Beliau juga mempunyai kelebihan menempatkan diri di posisi terbaik untuk mematikan serangan lawan.

Prestasi Delaney bersama pasukan negaranya di Euro 2020 yang lalu adalah antara sebab Denmark mampu mara sehingga ke separuh akhir sebelum perjalanan mereka dihentikan England dengan kemenangan tipis 2-1.

Penutup

Nama Delaney mungkin tidak segah pemain bola sepak lain seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo. Malah jika dibandingka dengan pemain lain di posisi sama seperti Casemiro atau Jorginho, nama sepert Delaney mungkin menjadi pilihan ketiga atau keempat.

Namun bagi 350 juta penduduk dunia yang lain – yang turut mengalami masalah buta warna – Thomas Delaney adalah seorang ikon dan wira.

β€œDia (Delaney) adalah pemain aktif ternama pertama yang berani mendedahkan kekurannyannya. Kebanyakan mereka akan menyembunyikan keadaan tersebut keranana mereka tahu ia akan mempengaruhi nilai mereka,” ujar Kathryn Albany-Ward, pendiri Colour Blind Awareness kepada BBC.

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply