Thierry Henry: Saya Tiada Hak Tentukan Masa Depan Aubameyang

Pierre-Emerick Aubameyang Arsenal

Mirror Sport melaporkan yang Real Madrid telah menetapkan tarikh akhir untuk Arsenal membuat keputusan mengenai masa depan Pierre-Emerick Aubameyang.

Real Madrid menetapkan 15 Jun sebagai tarikh akhir keputusan penjualan penyerang prolifik itu yang hanya berbaki 13 bulan kontrak bersama Arsenal. Setakat ini, The Gunners hanya berdiam diri dan dilihat tidak berminat untuk merealisasikannya.

Begitupun, Aubameyang sendiri dilihat seakan-akan hilang minat untuk terus menyarung jersi Arsenal apabila masih tidak mahu memberi kata putus berhubung kontraknya. Tidak dinafikan Arsenal bergelut untuk mengekalkan penyerang ini.

Sepanjang 97 penampilannya bersama kelab sejak 2018, penyerang berusia 30 tahun itu telah menyumbat 61 gol, selain telah dinamakan sebagai kapten pasukan selepas pelucutan peranan itu daripada Granit Xhaka atas masalah miss-conduct.

Lagenda hidup Arsenal, Thierry Henry ketika ditanyakan Sky Sports samaada pemain tersebut perlu kekal atau tidak bersama Arsenal telah menjelaskan yang beliau tidak layak untuk menentukan masa depan pemain tersebut. Itu hak pemain tersebut.

“Dengar sini, semua orang akan buat apa yang mereka perlu buat. Bagaimana untuk saya menentukan samaada pemain itu perlu kekal atau tidak?” tegas Thierry Henry.

FOTO: Football London

“Apa sahaja boleh berlaku, tetapi ia tidak akan ‘membunuh’ rasa cinta anda kepada tempat tersebut. Tetapi, sebagai penyokong Arsenal, sudah tentulah anda mahu mereka untuk terus kekal,” tambah bekas kapten The Gunners itu lagi.

Thierry Henry juga pernah melalui situasi yang sama iaitu meninggalkan Arsenal yang telah menyumbang besar kepada perkembangan kariernya satu masa dahulu sebelum akhirnya berhijrah ke Barcelona selepas tujuh musim bersama mereka.

“Namun sebagai pemain bola sepak, mereka akan menilai situasi itu dengan keluarga mereka, ayah mereka – yang mana saya juga pernah lalui, dan mereka akan melihat yang mana merupakan pilihan terbaik untuk mereka,” jelasnya lagi.

“Sebagai penyokong Arsenal, anda tentunya tidak mahu melepaskannya. Tetapi pemain tersebut juga memiliki karier dan saya tidak tahu apa yang bermain di kepalanya atau ke mana beliau mahu pergi,” ujar Thierry Henry mengenainya.

“Tetapi, apa yang saya tahu adalah kita akan kehilangan sentuhan jaringannya, jika beliau pergi. Kerana akhirnya seperti yang saya pernah katakan, yang beliau ada ‘sesuatu’,” kenangnya mengenai kata-katanya mengenai Aubameyang dahulu.

“Dia boleh menjaringkan gol dan jika ianya tidak diambil kira, ia adalah sangat sukar [buat Arsenal],” tegas alumni skuad The Invisible Arsenal itu lagi.

KREDIT FEATURED IMAGE: CATHERINE IVILL/GETTY IMAGES

Baca lagi artikel lain mengenai Pierre-Emerick Aubameyang:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply