Thiago Silva Ucap Selamat Tinggal Buat PSG, Semakin Hampiri Chelsea

Thiago Silva

Pemain berpengalaman kelahiran Brazil, Thiago Silva menerusi laman sosial peribadinya telah mengucapkan selamat tinggal buat Paris Saint-Germain (PSG) dan dikhabarkan semakin hampir untuk menjadi pemain terbaharu Chelsea.

Menurut laporan wartawan terkenal Itali, Fabrizio Romano, Chelsea semakin hampir untuk mengumumkan kehadiran pemain yang bakal menjengah usia 36 tahun pada 22 September itu.

Sebelum ini, Thiago dikatakan telah menolak tawaran kontrak lanjutan yang cuba diberikan PSG dalam usaha mereka untuk mengekalkan ketua pasukan tersebut di Parc de Princes.

Chelsea sememangnya memerlukan seorang jeneral [pemimpin] di jentera pertahanan selepas posisi tersebut nyata amat merisaukan Frank Lampard pada kempen 2019/20 tempoh hari di mana Chelsea menjadi pasukan yang paling banyak dibolosi dalam kelompok 10 pasukan teratas Liga Perdana Inggeris.

”Nilai sesuatu perkara itu bukan pada waktu yang terakhir, tetapi pada intensiti yang berlaku,” ujar Thiago Silva mengambil kata-kata dari penyair Portugal, Fernando Pessoa.

”Itulah sebabnya mengapa ada detik-detik yang tidak dapat dilupakan, perkara-perkara yang tidak dapat dijelaskan serta bersama orang-orang yang tidak dapat dibandingkan.”

”Hari ini, kitaran telah berakhir, selepas lapan tahun berada di PSG, saya ingin mengucapkan terima kasih buat rakan sepasukan, seluruh barisan kejurulatihan dan Ahli Lembaga Pengarah, para penyokong, keluarga saya, Tuhan dan rakan-rakan saya, untuk tahun-tahun yang menggembirakan yang telah kita lalui bersama di ‘City of Light’ ini.”

”Di sini, bersama isteri saya, kami menikmati saat-saat yang tidak boleh dilupakan, anak-anak kami membesar, kami menjadi warganegara Perancis dan kami membawa semua itu selamanya di hati sepanjang berada di Perancis. Terima kasih!”

View this post on Instagram

?? «La valeur des choses n’est pas dans le temps qu’elles durent, mais dans l’intensité avec laquelle elles se produisent. Pour cette raison, il y a des moments inoubliables, des choses inexplicables et des gens incomparables »(Fernando Pessoa). Aujourd’hui un cycle se termine, après 8 ans au sein de l’equipe du @psg, je voudrais remercier mes coéquipiers, toute l’équipe technique et la direction, les fans, ma famille, Dieu et mes amis, pour tous ces heureux moments que nous avons vécu dans la Ville Lumière. Ici, avec ma femme @bellesilva, nous avons vécu des moments inoubliables, nos enfants ont grandi, nous sommes devenus citoyens français, et nous porterons à jamais ces années vécues et la France dans nos cœurs. Merci beaucoup ???? ?? “O valor das coisas não está no tempo que elas duram, mas na intensidade com que acontecem. Por isso, existem momentos inesquecíveis, coisas inexplicáveis e pessoas incomparáveis” (Fernando Pessoa). Hoje se fecha um ciclo, depois de 8 anos no @psg , eu gostaria de agradecer aos meus colegas de equipe, à toda a equipe técnica e direção, à torcida, à minha família, a Deus e aos meus amigos, por todos esses felizes anos que vivemos na Cidade-luz. Aqui, junto com a minha esposa, @bellesilva , vivemos momentos inesquecíveis, nossos filhos cresceram, nos tornamos cidadãos franceses, e vamos levar pra sempre esses anos vividos e a França nos nossos corações. Muito obrigado ???? • • • #AllezParis #ICICESTPARIS #PSG #ParisSaintGermain #Paris #Football #ThiagoSilva #ParisSaintGermain #IciCestParis #TS2 #DefenseurCentral #Capitão #Capitaine #CoronaOut #StopCorona #EquipePSG #PSGTeam #PSGlife #PSGforever #StayHealthy #OMonstro #PSGOL #AllezParis

A post shared by Thiago Silva (@thiagosilva) on

Sepanjang lapan musim bersama PSG, Thiago Silva telah mengecap nikmat selaku juara saingan Ligue 1 sebanyak tujuh kali, memenangi enam kejuaraan Coupe de la Ligue dan menjulang lima mahkota Coupe de France.

Kredit featured image: Aurelien Meunier/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Thiago Silva:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN