Thiago Silva: Saya Sebenarnya Tak Mahu Tinggalkan PSG

Thiago Silva

Ketua pasukan Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Silva mengakui beliau sebenarnya tidak mahu untuk meninggalkan kelab gergasi Perancis itu apabila sudah lapan musim ‘menghambakan diri’ bersama kelab tersebut.

Silva yang kini berusia 35 tahun telah membuat 310 penampilan dalam semua kejohanan yang disertai dan berjaya menjadi sandaran utama buat Les Parisiens memenangi 16 kejuaraan domestik.

Namun, menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, setiap yang bermula pasti akan menjelma pengakhirannya di mana Silva terpaksa menerima hakikat bahawa beliau perlu mengucapkan selamat tinggal buat PSG.

Memilih untuk terus kekal sehingga tamat saingan musim ini, Silva berpeluang untuk menghadiahkan tiga trofi kejuaraan sebagai hadiah perpisahan setelah PSG akan beraksi dalam perlawanan akhir Coupe de France dan Coupe de la Ligue.

Sementara itu, PSG masih lagi di landasan terbaik untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali apabila skuad bimbingan Thomas Tuchel itu sudah pun melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

”Ini merupakan detik yang istimewa buat saya. Dengan para penyokong, mereka sentiasa menunjukkan rasa hormat yang sangat tinggi,” ujar Silva menurut laporan Goal.

”Mereka bertanyakan kepada saya sama ada adakah saya akan kekal di sini, tetapi ia bukan keputusan saya. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk mengulas tentang perkara ini.”

”Kami perlu untuk membincangkan tentang perkara ini nanti. Saya tidak mahu untuk meninggalkan kelab ini tetapi keputusan sudah pun diambil. Saya hormat [keputusan] tersebut dan akan menghormatinya sehingga semuanya berakhir.”

”Tiada perbincangan lanjut [mengenai masa depan saya]. Leonardo sudah bercakap tentang perkara ini kepada pihak media. Saya tidak mahu anda membicarakan tentang perkara ini.”

”Saya memahami topik ini, keinginan anda untuk mengetahui apa yang bakal berlaku tetapi sekarang bukanlah masanya untuk bercakap tentang perkara ini,” tambah Silva lagi.

Laporan pada 14 Jun lalu menyatakan bahawa Pengarah Bola Sepak PSG, Leonardo telah mengesahkan jodoh kelab tersebut dengan Thiago Silva dan Edinson Cavani bakal berakhir pada penghujung musim ini.

Kredit featured image: Jean Catuffe/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Thiago Silva:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN