Thiago Silva: Saya Beruntung Pernah ‘Berguru’ Dengan Maldini & Nesta

Thiago Silva

Tonggak utama Chelsea, Thiago Silva mengakui bahawa dirinya begitu beruntung kerana berpeluang untuk beraksi bersama dua bekas pemain pertahanan hebat AC Milan, Paolo Maldini dan Alessandro Nesta yang disifatkannya sebagai ‘Profesor’.

Meskipun tidak sempat beraksi secara kompetitif bersama Maldini tetapi Silva hadir ke Milan daripada Brazil pada musim terakhir legenda pertahanan itu bergelar pemain. Sementara itu beliau sempat bergandingan selama tiga musim bersama Nesta.

Silva yang kini sudah berusia 36 tahun melihat Maldini dan Nesta merupakan individu penting dalam memberikan tunjuk ajar kepadanya sekali gus menjadi antara pemain pertahanan disegani pada era bola sepak moden ini.

Sehubungan dengan itu, beliau turut merasakan kariernya menunjukkan peningkatan mendadak ketika berada di Itali terutamanya apabila mendapat bimbingan daripada dua legenda tersebut.

”Saya semakin meningkat ketika di Itali, salah satu ‘sekolah’ yang terbaik buat pertahanan dan fasa bertahan,” ujar Silva menurut laporan Football Italia.

Embed from Getty Images

”Saya cukup beruntung pada awal karier saya kerana dapat bermain bersama dua orang ‘profesor’ ini [merujuk kepada Maldini dan Nesta].”

”Saya bermain dengan Maldini dan turut mendapat peluang untuk bergandingan bersama Nesta, saya beraksi bersama mereka untuk dua musim dan pada waktu itu saya telah belajar banyak benda.”

”Setiap negara mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap sukan bola sepak,” tambah Silva lagi.

Selepas tiga musim bersama AC Milan, Silva memilih untuk berkelana ke Perancis bagi menyertai Paris Saint-Germain. Di sana, terlalu banyak kejayaan diraih oleh pemain kelahiran Brazil itu dan turut berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Selepas kontraknya tamat, Silva dipancing Chelsea secara percuma dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kehadirannya telah menyelesaikan isu kepimpinan yang melanda The Blues sejak musim lalu.

Kredit featured image: Dave Winter/Icon Sport

Baca artikel lain dari kami mengenai Thiago Silva:

5 Sebab Thiago Silva Relevan Buat Skuad Chelsea

Frank Lampard Yakin Dengan Keupayaan Thiago Silva

Thiago Silva: Umur Sekadar Nombor, Saya Berasa Sangat Muda

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN