Thiago Augusto Kembali Sarung Jersi FELDA United

Thiago Augusto sah kembali sertai FELDA United sebagai pemain baharu kelab tersebut pada jendela perpindahan Liga Malaysia ketika ini.

Menerusi laman rasmi FELDA United di Facebook, mereka telah mengesahkan kembalinya bekas pemain import mereka itu ke Stadium Tun Abdul Razak di Jengka untuk membantu pasukan tersebut mengharungi baki musim Liga Malaysia kali ini.

Sebagai tukaran, penyerang Gaston Cellerino disingkirkan dari skuad kendalian jurualatih B. Sathianathan.

Bagi Sathia, beliau yakin dengan kebolehan yang ada pada Thiago untuk menbantu pasukan FELDA United, sekali gus menjadi jawapan kepada masalah ketumpulan jentera serangan pasukan tersebut.

Thiago merupakan penyerang yang sudah terbukti kemampuannya semasa bermain untuk FELDA United dan juga Kedah.”

“Saya yakin beliau adalah pemain yang tepat untuk mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan pasukan ketika ini.”

Thiago Augusto pada separuh masa kedua musim Liga Malaysia musim lalu dipinjamkan oleh FELDA United ke pasukan Kedah.

Di Kedah, beliau mencipta kerjasama yang baik dengan Shane Smeltz yang juga penyerang pinjaman Kedah pada musim lalu.

FELDA United kini ditangga keenam Liga Super dengan mengutip 17 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN