Thiago Alcantara Akan Bebas, Mengapa Liverpool Dikaitkan Dengannya?

Bayern-Munich-Thiago-Alcantara-Liverpool

CEO Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge akhirnya secara terbuka menyatakan yang pemain tengah mereka, Thiago Alcantara akan dilepaskan musim ini.

Thiago Alcantara dikatakan sememangnya mahu berhijrah dan Bayern Munich tidak mahu kehilangan pemain tersebut secara percuma apabila kontraknya berakhir pada 2021. Mereka akan melepaskannya apabila menerima tawaran yang tepat.

Liverpool pembeli berpotensi

Berapakah nilai yuran perpindahan untuk bekas pemain Barcelona itu? Menurut laman sesawang Transfermarkt, Thiago Alcantara bernilai sekitar £43 juta dan dengan kontrak berbaki setahun, mungkin Liverpool boleh menurunkan sedikit nilai itu.

Liverpool dikatakan antara pembeli berpotensi walaupun dikhabarkan sebelum ini yang Jurgen Kloop tidak mahu berbelanja besar di saat dunia dilanda pandemik dan kelab yang masih tidak dapat menjana pendapatan, malah terjejas dengan kerugian.

Malah menurut Rummenigge, Liverpool tidak pernah menghubungi pihaknya mengenai situasi pemain tersebut. Namun, difahamkan jika situasi bersesuaian, Liverpool sememangnya berminat untuk mendapatkan Thiago Alcantara – lebih murah.

Selain itu, pemain berusia 29 tahun itu juga dikaitkan perpindahan ke Barcelona jika beliau mahu kembali ke Sepanyol dengan kelab tersebut boleh mendapatkannya dengan nilai lebih rendah iaitu £22.5 juta kerana terma buy-back dalam kontraknya.

Situasi jentera tengah Liverpool

“Belum ada perbincangan bersama Liverpool setakat ini,” jelas Rummenigge dalam kenyataan tersebut, namun wartawan Sky Sport Italia, Fabrizio Romano pula di Twitternya berkata yang Thiago Alcantara sangat menanti perpindahan ke Anfield.

Sehingga kini, belum ada penafian daripada Liverpool mengenai perpindahan tersebut dengan Jurgen Klopp dikatakan sedang mempertimbangkan mengenai posisi tengah yang mungkin memerlukan sedikit penambahbaikkan bagi saingan musim depan.

Berdasarkan pemerhatian, Gini Wijnaldum masih dalam ketidaktentuan mengenai status kontraknya walaupun perbincangan mengenainya sudah berlanjutan agak lama. Beliau boleh menandatangani pra-kontrak dengan mana-mana pasukan pada Januari.

Selain itu, Adam Lallana juga bakal dilepaskan secara percuma pada penghujung musim ini disamping James Milner pula bakal menginjak ke usia 35 tahun musim hadapan, menjadikan The Reds perlu segera mengisi kekosongan tersebut.

Fabinho untuk bek tengah

Mungkin ada yang berkata, Fabinho kan ada? Dikhabarkan yang Jurgen Klopp sedang mempertimbangkan untuk mengubah posisinya ke bek tengah dek kerana beberapa situasi di posisi tersebut. Dejan Lovren dijangkakan akan meninggalkan pasukan.

Joel Matip pula dikhabarkan berdepan dengan isu kecederaan yang menganggu minit permainannya selama ini. Ini telah menyebabkan Liverpool hanya memiliki dua pertahanan tengah berpengalaman iaitu Virgil van Dijk dan Joe Gomez.

Jurgen Klopp tidak asing dalam memberikan peluang dan gemar bereksperimen dengan posisi pemainnya dan Fabinho juga tidak terkecuali. Beliau menjalankan tugas dengan cemerlang ketika berdepan Bayern Munich di Champions League.

Fabinho bergandingan bersama Joel Matip di bek tengah dalam pusingan 16 terbaik di Anfield yang menyaksikan perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan. Ki-Jana Hoever dan Sepp van den Berg pula dilihat terlalu muda untuk tugasan penting.

Penutup

Adakah Jurgen Klopp akan cuba menjadikan perpindahan ini satu realiti? Segalanya bergantung kepada persetujuan antara kedua-dua kelab gergasi tersebut mengenai tanda harganya. Mungkin segalanya bakal selesai dalam masa terdekat.

Siapa yang tidak mahu bergabung bersama Jurgen Klopp dan Liverpool yang merupakan juara Premier League dan Champions League? Tentunya potensi untuk bergabung bersama dua entiti hebat ini akan memikat Thiago Alcantara.

KREDIT FEATURED IMAGE: FOOTBALL365

Baca lagi mengenai Thiago Alcantara dan Liverpool:

https://semuanyabola.com/thiago-alcantara-akui-bayern-munich-masih-gunakan-dna-guardiola-sehingga-kini/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN