Messi Lancar Taman Tema Bola Sepak Sendiri, Akan Dibina Di China

Pemain Barcelona, Lionel Messi bakal mempunyai taman tema beliau sendiri!

Ia bakal memberikan pengalaman yang berbeza berbanding taman-taman tema yang sering kita lihat di dunia ini.

Baru-baru ini, Messi telah ke China menghadiri satu majlis perasmian taman tema bola sepak yang diberi nama The Messi Experience Park.

Taman tema tersebut akan akan dibina di Nanjing, Timur China.

Messi ketika majlis pelancaran The Messi Experience Park.

The Messi Experience Park akan dibuka pada tahun 2019 dengan harapan ia dapat menarik lebih ramai kanak-kanak meminati bola sepak.

Ia akan menggunakan menyediakan ruangan fasiliti dalam dewan, kawasan permainan dalam taman serta ruang terbuka dalam taman tema yang berkeluasan 80 ribu kaki persegi ini.

Taman tema ini akan menggunakan teknologi yang tinggi dengan menyediakan aktiviti seperti klinik bola sepak, aktiviti hiburan dan banyak lagi.

Bercakap di majlis pelancaran projek, Messi pengunjung akan dapat merasa seolah-olah Messi berada di sana bersama mereka.

“Saya harap pengunjung akan menikmati pengalaman yang mereka tak pernah rasakan sebelum ini sekali gus memupuk rasa cinta kepada sukan ini dengan segera.”

“Diharap pengunjung akan merasa seolah-olah saya berada di sana.”

Sebuah syarikat konsortium akan mengambil alih Disneyland di China dan menggantikan taman tema itu dengan The Messi Experience Park.

Syarikat Sepanyol Mediapro dan syarikat penyiaran China Phoenix Group akan melaksanakan publisiti untuk taman tema ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN