The Football League: Sejarah Penubuhan Liga Bola Sepak Tertua Di Dunia

1. Permulaan

The Football League bermula secara rasmi pada tahun 1888, selepas berjuang selama 5 tahun untuk mendapatkan hak profesionalnya sejak 1883.

Ini kerana pada sebelum 1888, banyak kelab amatur di England sudah membayar gaji pemain yang boleh dikira setaraf dengan pemain profesional.

Apabila semakin banyak kelab menjadi kelab profesional berbanding kelab amatur, jumlah perlawanan sedia ada kurang mencukupi untuk menampung pendapatan kelab profesional.

Pengurus Aston Villa ketika itu, William McGregor menulis kepada ahli lembaga pengarahnya untuk mewujudkan liga supaya mendapat jumlah perlawanan yang stabil.

Perkara ini juga ditulis oleh pengurus Stoke City, Preston North End, Bolton Wanderers dan West Bromwich Albion.

Mesyuarat pertama diadakan pada malam sebelum perlawanan akhir Piala FA di Hotel Anderson, satu mesyuarat telah diadakan pada 23 Mac 1888.

Selepas beberapa mesyuarat, The Football League dibentuk secara rasminya di Hotel Royal di Manchester pada 17 April 1888.

Pada mulanya, McGregor mencadangkan nama Association Football Union. Tetapi ahli mesyuarat merasakan nama itu hampir sama dengan Rugby Football Union.

Lalu nama The Football League dicadangkan. Ia dipersetujui serta merta oleh ahli-ahli mesyuarat lain.

Dan musim pertama, The Football League disertai oleh:

  • Accrington Stanley
  • Aston Villa
  • Blackburn Rovers
  • Burnley
  • Derby County
  • Everton
  • Notts County
  • Preston North End
  • Stoke City
  • West Bromwich Albion
  • Wolverhampton Wanderers

2. Daripada satu divisyen, berubah menjadi empat

The Football League hanya mempunyai satu divisyen sahaja pada 4 musim pertamanya, dan menjadi dua divisyen pada 1892.

Kemudiannya, ia menjadi 3 divisyen pada 1920, pada 1921 divisyen 3 dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Division 3 North dan Division 3 South sehingga 1957.

Bermula 1958, The Football League mempunyai 4 divisyen iaitu Division 1, Division 2, Division 3 dan Division 4 sehingga 1992.

3. Berpisahnya Division 1 dengan Football League

Pada 1992, Premier League telah ditubuhkan dan dijadikan sebagai kelas teratas dalam sistem bola sepak England. Dengan itu, pasukan di Division 1 di The Football League akan menyertai Premier League.

Selepas Premier League diwujudkan, Division 2 dinamakan sebagai First Division, Division 3 sebagai Second Division dan Division 4 sebagai Third Division.

Bagaimanapun pada 2004, nama 3 divisyen itu sekali lagi diubah. First Division menjadi Championship, Second Division menjadi League 1 dan Third Division menjadi League 2 sehingga sekarang.

4. Penjenamaan The Football League

Sejak 1983, nama liga The Football League sering berubah kerana tujuan penajaan. Pertama kali ia diubah dengan nama Canon League kerana syarikat Canon telah menaja liga tersebut.

Antara nama lain bagi liga ini yang diubah kerana penajaan adalah Barclays League (1987-1993), Coca-Cola Football League (2004-2010), nPower Football League (2010-2013) dan kini Sky Bet Football League.

Bermula musim 2016/2017, nama Football League akan mula dikenali sebagai English Football League (EFL) secara umumnya.

Namun ia akan dipanggil sebagai Sky Bet English Football League kerana Sky Bet masih menaja liga.

1731364-36625513-1600-900

5. Kenaikan dan penyingkiran liga

2 pasukan terbaik dari setiap divisyen akan memperoleh kelayakan automatik ke liga lebih atas.

Di peringkat Championship dan League 1, pasukan ditempat ke-3 hingga ke-6 akan merebut satu lagi slot kenaikan liga dalam perlawanan play-off.

Perlawanan akhir play-off berlangsung di stadium Wembley.

Namun bagi League 2, hanya pasukan di tangga ke 4 hingga ke 7 pula akan menyertai play-off ini.

Untuk penyingkiran, 3 pasukan terbawah Championship akan ke turun ke League 1.

4 pasukan terbawah League 1 turun ke League 2. Manakala 2 pasukan terbawah League 2 turun ke National League.

6. Piala kejuaraan kelolaan The Football League

Terdapat 2 piala yang dianjurkan oleh The Football League, iaitu Football League Cup dan Football League Trophy.

Football League Cup adalah League Cup yang lazimnya dikenali oleh kita semua yang dinamakan Capital One Cup atas dasar penajaan.

Kejohanan ini disertai oleh semua pasukan dari Premier League hingga ke League 2.

Bagi Football League Trophy, ia dikenali sebagai Johnstone’s Paint Trophy (JPT), juga atas tujuan penajaan.

Piala ini disertai oleh pasukan dari League 1 dan League 2 sahaja untuk memberi peluang kepada pasukan-pasukan dari dua liga ini merasai nikmat beraksi di Wembley sekiranya mara ke perlawanan akhir.

Piala ini pada pusingan pertama dan kedua, setiap pasukan dipecahkan kepada 4 zon iaitu zon utara, timur, barat dan selatan.

Selepas itu, hanya dua zon digunakan iaitu zon utara dan selatan bermula dari suku akhir ke separuh akhir.

Baki 4 pasukan akhir akan bermain perlawanan akhir zon masing-masing secara timbal balik, dan pemenang perlawanan akhir zon ini akan mara ke perlawanan akhir JPT di Wembley.

Bila dilihat kembali, format JPT hampir serupa dengan format MLS Cup di Amerika Syarikat.

7. Anugerah khas di Football League

Setiap bulan, terdapat anugerah bagi pemain dan pengurus terbaik untuk setiap divisyen.

Nama calon-calon bagi setiap anugerah akan disenarai pendek dan pemenangnya akan ditentukan menerusi undian.

Di The Football League juga terdapat anugerah bagi wira tak didendang yang dikenali sebagai Sky Bet Football League Unsung Hero of the Month.

Peter Vincenti dari kelab Rochdale adalah pemenang pertama anugerah itu.

Dan pada setiap akhir musim, staf padang di Football League akan dihargai dalam anugerah ‘Groundsman of the Year’.

Setiap tiga divisyen akan menobatkan 3 pemenang dan hasil kerja mereka memang sepatutnya dipuji.

Berikut gambar hasil kerja pemenang anugerah ini bagi setiap divisyen:

Pemenang bagi Liga Championship

rotherham

Pemenang bagi League 1

bristol

Pemenang bagi League 2

plymouth

8. Kesimpulan

Football League merupakan satu sistem liga yang menjadi satu simbol England. 72 pasukan dalam 3 divisyen yang terdapat 24 pasukan dalam setiap satunya menjanjikan pelbagai drama pada setiap musim.

Dengan wujudnya anugerah seperti Unsung Hero of the Month dan Groundsman of the Year adalah dua anugerah yang boleh diikuti oleh bola sepak dinegara kita sebagai pembakar semangat untuk pemain dan staf padang terus berkerja lebih keras.

Baca juga: Helicopter Sunday 2005: Bagaimana Rangers Merampas Takhta Liga Daripada Celtic Dengan Helikopter

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN