The Botaks Terima Jemputan Sertai Yakult’s Global Cup

The Botaks adalah gelaran diberi. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah gerangannya mereka yang dipanggil The Botaks ini. Mungkin juga ada dikalangan pembaca yang masih ingat akan mereka ini selepas merujuk kepada gambar sekumpulan kanak-kanak berbaju biru, berdiri gagah tanpa gentar seperti berani menyahut segala cabaran mendatang.

Bagi yang baru mengikuti kisah The Botaks, kanak-kanak ini sebenarnya adalah murid sekolah, ataupun lebih tepat lagi adalah pasukan bola sepak S.K Lemoi yang terletak di Cameron Highland.

Bermulanya kisah

Kisah mereka mulai menjadi tumpuan kami apabila kelab liga sosial, The Ohana FC meneruskan misi khidmat masyarakat pasukan tersebut apabila melancarkan projek #ProjekKasutBolaOhana.

Sasaran projek oleh The Ohana FC ini adalah untuk membantu pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Lemoi – sebuah sekolah kawasan pedalaman di perkampungan orang asli yang dikhabarkan hanya mempunyai purata 100 orang pelajar sahaja.

Kredit: aremilworks

Namun, ia langsung tidak menghalang pasukan bola sepak sekolah tersebut untuk meraih kejuaraan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) 2019 sekaligus mewakili daerah Cameron Highland ke peringkat negeri.

Dengan kelengkapan bola sepak yang sangat minimum, set jersi sudah lama dipakai serta lebih menyedihkan kasut bola para pemain juga telah lusuh jelas tidak meruntuhkan semangat mereka.

Dapat perhatian ramai pihak

Usaha oleh The Ohana FC melalui projek #ProjekKasutBolaOhana mendapat perhatian beberapa pihak. Antaranya ialah Shekkinah PR selaku penaja utama dan turut disertai beberapa organisasi lain seperti Kaki Jersi Dot Com, Uniqid.my, Aremilworks, Almari_kasut dan juga Koppa TV.

The Botaks

Antara kelengkapan yang disumbangkan adalah kasut bola sepak, kasut sukan dan beg kasut kepada semua pemain pasukan The Botaks.

Selain itu, pihak SK Lemoi juga turut menerima satu set jersi pasukan serta keperluan latihan seperti bola, kon ‘marker’, pintu gol untuk latihan dan lain-lain lagi.

Yakult’s Global Cup

Rezeki The Botaks tidak terhenti di situ sahaja. Seterusnya mereka juga mendapat jemputan daripada SportsFlex Event dan Media untuk menyertai Yakult’s Global Cup.

Yakult’s Global Cup adalah sebuah pertandingan bola sepak untuk peringkat umur Bawah-12 tahun melibatkan bakat-bakat terbaik dari seluruh negara yang telah dibahagi kepada empat zon, iaitu, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Melaka.

Hari ini , saya nak ber #CERITA berkenaan kisah ini. Mungkin ada yang dah muak , ada yang dah bosan.. tapi cerita benar…

Posted by Anip’s on Friday, July 12, 2019

Pusingan akhir kejohanan akan diadakan di Melaka, dan 15 peserta terbaik akan dikumpulkan untuk beraksi di Kejohanan Bola Sepak Global Cup yang akan di adakan di J- Green Sakai, Osaka, Jepun pada 14 hingga 16 September 2019 ini.

Kejohanan ini dilihat sebagai peluang untuk anak-anak Lemoi ini menampilkan bakat mereka.


Melalui perkongsian salah seorang guru sekolah S.K Lemoi juga, penyertaan The Botaks hampir punah disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kesungguhan guru-guru S.K Lemoi mencari jalan dalam memastikan The Botaks untuk beraksi di Yakult’s Global Cup harus dipuji. Terima kasih cikgu.

Difahamkan juga kerana beberapa kekurangan akibat masalah pengangkutan, hanya sebahagian daripada mereka yang pergi untuk kejohanan tersebut.

Buat The Botaks, selamat maju jaya daripada kami di Semuanya BOLA!

P/S: Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang kehebatan The Botaks, ayuh layan video latihan sepakan percuma salah seorang dari pemain mereka seperti di bawah ini. Apa pendapat anda?

 

Buat yang bertanya , hanya #projekkasutbolaohana yang ditamatkan , tetapi ikatan kekeluargaan kami inshAllah berterusan. #projekohana ? akan terus menjalin hubungan dengan kesemua mereka selagi mereka sudi ??

Tadi cikgu @bungolale kirim video ini , katanya ini sebahagian persediaan #TheBotaks nak menghadapi MSS Pahang minggu depan.. ini freekick specialist TheBotaks , adik Harizan, dia turut menjaringkan gol hampir sama ketika MSSD tempohari. Practice make perfect.

Oh ya, lawa kan kasut yang dia sarung, comel kan bola yang dia sepak ???☺️?

Harizan, remember the name. ?✨ .

#ProjekOhana
#projekkasutbolaohana
#TheBotaksIsOhana
#TheBotaksKeMSSP

Posted by The Ohana FC on Friday, June 21, 2019

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN