TFC II Ikat Kembali Bruno & Marcel, Turut Tambat Pemain Pertahanan Montenegro

Pasukan simpanan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNST), Terengganu FC (TFC II) mengikat kembali bekas penyerang import musim lalu, Bruno Suzuki dan Marcel N’Guessan.

Perkara itu disahkan melalui satu kenyataan di laman sesawang rasmi pasukan semalam.

Sebelum ini Bruno pernah berkata tidak akan kekal bersama pasukan itu lagi untuk saingan Liga Malaysia musim 2020.

Dalam majlis ringkas yang diadakan semalam, kedua-dua pemain menandatangani kontrak baharu selama setahun untuk meneruskan cabaran TFC II di saingan Liga Premier pada musim hadapan.

Selain daripada Bruno dan Marcel, TFC II turut mengesahkan membawa masuk seorang lagi pemain import baharu.

Pemain yang dimaksudkan adalah pemain kelahiran Montenegro, Argzim Redzovic.


Step 2: Place this code wherever you want the plugin to appear on your page.

Bruno, Marcel mahu berikan yang terbaik, Argzim Redzovic teruja untuk beraksi bersama pasukan baru #TFC2020. Baca berita selanjutnya di ⬇️

Posted by Terengganu Football Club on Tuesday, December 3, 2019

Argzim Redzovic sebenarnya bukan lagi watak asing untuk kancah saingan Liga Malaysia selepas beraksi bersama PDRM FA selama dua musim sebelum ini.

Redzovic menjadi pilihan ketua jurulatih pasukan, Roshaidi Wahab bagi menggantikan pemain dari Ukraine, Serhii Andrieiev yang kontraknya tidak disambung oleh PBSNT.

Pada musim lalu, TFC II mengakhiri saingan Liga Premier di kedudukan ke-4.

Kredit Foto: Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram