Tewas Kepada Young Boys, Cristiano Ronaldo Tetap Sehebat Lionel Messi

Sepatutnya malam tadi menjadi milik Cristiano Ronaldo. Tatkala mood di kem United meraikan kepulangan pemain yang digelar the prodigal son ke Old Trafford masih lagi dirasai, keraian tersebut bagaimanapun dibayangi oleh kekalahan mengejutkan Manchester United kepada kelab Switzerland, Young Boys dengan jaringan 2-1.

Ini bermakna pencapaian terbaru Ronaldo menjadikan Young Boys mangsa ke-36 dibolosi oleh jaringannya tidak akan diraikan buat sementara waktu – atau hanya akan kekal sebagai rekod yang dicatat tanpa rasa bangga.

UCL: Gol Ronaldo Tak Cukup Untuk Halang Kekalahan Manchester United

Gol Ronaldo gagal bantu Man Utd

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi satu gol jaringan Cristiano Ronaldo memberikan pendahulan kepada Manchester United dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan F, UEFA Champions League musim ini.

Beraksi di Stadion Wankdorf, bintang Portugam itu menampilkan ketajaman sentuhan penyudahnya hanya selepas 13 minit perlawanan berlangsung.

Gol tersebut bagaimanapun gagal untuk mengelak skuad Ole Gunnar Solskjaer daripada kekalahan setelah Young Boys bangkit pada babak kedua perlawanan, mengambil kesempatan kelebihan beraksi dengan tambahan seorang pemain selepas Aaron Wan-Bissaka dilayangkan kad merah atas kesalahan memijak kaki lawan.

Dua jaringan Young Boys dijaringkan oleh Moumi Ngamaleu pada minit ke-66 perlawanan, dan Jordan Siebatcheu yang memanfaatkan kesilapan Jesse Lingard beberapa saat sebelum wisel penamat ditiupkan.

Rekod baru Ronaldo

Gol jaringan Ronaldo pasti diraikan dan menghiasai ruangan media pada pagi ini sekiranya perlawanan tersebut tidak berakhir dengan kekalahan.

Bermula dengan gerakan dari sebelah kiri, Ronaldo bijak memintas seorang pemain pertahanan Young Boys dari belakang untuk menyambar hantaran cantik menggunakan bahagian luar kaki Bruno Fernandes, untuk menewaskan David von Ballmoos.

Gol tersebut bermakna Ronaldo kini menyamai rekod Lionel Messi apabila berjaya menjaringan gol menentang 36 buah pasukan di pertandingan ini.

Tidak ada pemain lain yang mempunyai mangsa sebanyak Messi dan Ronaldo di dalam pertandingan ini setakat ini.

Ronaldo bagaimanapun masih lagi merupakan penjaring terbanyak di Champions League dengan 136 gol, manakala Messi pula dengan 120 gol.

Juventus menjadi korban paling digemari oleh Ronaldo apabila pernah membolosi bekas kelabnya itu sebanyak 10 kali sebelum ini. Ia diikuti dengan Ajax Amsterdam dengan sembilan gol.

Penutup

Rekod-rekod ini tidak akan membawa makna apa-apa sekiranya jaringan Ronaldo gagal memberikan impak kepada Manchester United di dalam pertandingan ini.

Berbekalkan tiga perlawanan di Old Trafford, dan dua lagi tempat lawan, Manchester United memerlukan sekurang-kurangnya 10 sehingga 12 mata untuk mara ke pusingan seterusnya.

Ia masih belum terlambat. Namun Ronaldo, seperti mana Solskjaer dan rakan sepasukan lain di Manchester United kini sedar kekalahan mengejut seperti apa yang berlaku dalam perlawanan menentang Young Boys pada malam tadi hanya akan membawa padah sekiranya berterusan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN