Tewas 2 Aksi Terakhir, Mampukah Terengganu Bangkit Benam JDT?

Terengganu FC JDT

Kekalahan dua kali berturut-turut yang dialami Terengganu tidak menyekat harapan mereka dalam misi melakar kemenangan ke atas juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT), apabila kedua-dua pasukan bertembung pada Sabtu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hani menghormati kemampuan JDT yang telah melakar kemenangan sembilan kali berturut-turut namun itu tidak bermakna mereka gentar untuk memberikan tentangan kepada skuad kendalian Benjamin Mora.

Sedar JDT akan turun dalam misi membalas dendam di atas kekalahan 0-1 yang dialami pada 24 April lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Shahrul Nizam akui mereka perlu lebih berwaspada memandangkan lawan dijangka akan menurunkan barisan terbaik biarpun sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super.

“Sasaran kami masih lagi mahu bersaing di Piala AFC selepas terkilan tidak dapat bermain pada musim ini dan kedudukan selaku naib juara Liga Super lebih menjamin buat kami memandangkan tempat ketiga perlu menunggu pemenang Piala Malaysia,” kata Shahrul.

“Sememangnya saya dan rakan-rakan mahukan kemenangan dalam perlawanan ini kerana ia pasti jadi pengubat terbaik selepas kami kalah pada dua perlawanan sebelum ini yang menjejaskan peluang kami untuk berada dalam kalangan kedua terbaik.

“Kami sedar tidak boleh kalah lagi jika mahu terus merapati kedudukan Kedah selain Penang juga meraih mata sama dengan kami. Selepas ini hanya tinggal satu perlawanan sahaja lagi.

“Saya sedar JDT sememangnya sebuah pasukan yang sangat kuat tetapi itu tidak bermakna saya dan rakan-rakan takut untuk berdepan mereka sebaliknya kami akan lebih bersemangat.

“Ketiadaan Carli de Murga yang merupakan ketua pasukan tidak menjejaskan kami kerana persefahaman dengan gandingan saya, Muhammad (Mohd Fauzi) di bahagian pertahanan tengah semakin meningkat dari setiap perlawanan.”

Berusia 23 tahun, Shahrul Nizam yang berasal dari Bachok merupakan antara muka baharu diambil Nafuzi Zain pada musim ini dari Kelantan dan sering kali menjadi pilihan utama di bahagian pertahanan. – MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN