TERKINI: Sumareh Kini Boleh Didaftarkan Sebagai Pemain Tempatan

Sumareh

Tonggak import Pahang, Mohamadou Sumareh kini boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan mulai Mac 2019. Perkara ini disahkan sendiri oleh badan pengendali liga, Malaysian Football League (MFL) sebentar tadi.

Menurut kenyataan daripada MFL, dalam satu mesyuarat lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah membuat keputusan untuk mengurangkan tempoh berkenaan Peraturan Pemain Naturalisasi kepada pemain pasukan Pahang, Mohamadou Sumareh.

“Pada 2 Mac 2018, pasukan Pahang telah menghantar pemohonan untuk mendaftar Sumareh sebagai pemain tempatan namun peraturan ditetapkan Manual Liga Malaysia meletakkan syarat bagi pemain naturalisasi hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan 5 tahun selepas pemain tersebut mendapat pasport warganegara yang sah. Ini bermaksud Sumareh boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan mulai tahun 2023.

“Walaubagaimanapun, melalui penyerahan analisis yang diterima daripada pihak Pahang FA menyatakan bahawa Sumareh telah bermastautin di Malaysia sejak beliau berumur 12 tahun dan pengetahuan ini telah memberikan sebab buat Lembaga Pengarah untuk membuat pertimbangan semula permohonan dikemukakan Pahang tersebut,” kata kenyataan itu.

Keputusan Lembaga Pengarah MFL tersebut membolehkan Pahang mendaftarkan Sumareh sebagai pemain tempatan 1 tahun bermula daripada tarikh permohonan Pahang iaitu pada 2 Mac 2018, bermakna Sumareh boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan bermula 2 Mac 2019.

Dengan pertimbangan yang diberikan kepada Pahang FA ini, MFL juga mengharapkan ia mampu menambahbaik skuad Pahang FA disamping dapat memantapkan lagi skuad Kebangsaan.

Malah, Sumareh turut mendapat panggilan menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi tugasan seterusnya untuk Harimau Malaya iaitu menentang Sri Lanka di Colombo dan Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat pada 8 Oktober dan 12 Oktober 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN