TERKINI: Melaka United Didenda Kerana Penyokong Lepaskan Bom Asap

Kerjasama Semuanya BOLA

Gara-gara kerana kesalahan yang dilakukan oleh penyokongnya, Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) didenda sebanyak RM5,000.00 dan dikehendaki untuk menjelaskannya dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan tersebut.

Menurut Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat kali ketujuh kelmarin, MUSA didakwa melanggar Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakan penyokong yang menyalakan bom asap dan melepaskan mercun roket ke udara semasa perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM Kali Ketujuh Bagi Penggal 2017-2021Jawatankuasa Tatatertib Persatuan…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, August 30, 2018

Malah, mereka turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Selain itu, Kedah turut menerima hukuman daripada FAM kerana pemain importnya, Paulo Rangel didakwa melakukan kekasaran ketika perlawanan Liga Super diantara Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 13 Julai 2018 di Stadium Darul Aman.

Gambar kredit: Berita Harian

Difahamkan tindakan Rangel itu telah melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat  berkelakuan ganas dengan menendang penjaga gol pasukan JDT (Mohd Farizal Marlias).

Berikutan kesalahannya itu, beliau diperintah menjalani hukuman penggantungan tiga perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda RM3,000.00 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply