TERKINI: Kerana Koronavirus , Perlawanan Man City vs Arsenal Ditunda

Aksi Liga Perdana Inggeris pertengahan minggu di antara Manchester City menentang Arsenal akan ditunda selepas beberapa pemain dari kelab London itu dikuarantin.

Ini menjadikan ia sebagai perlawanan EPL yang pertama terpaksa ditangguhkan kerana koronavirus.

Dalam satu kenyataan oleh Arsenal, mereka mengesahkan bahawa beberapa pemain mereka terpaksa dikuarantin 14 hari kerana ada ‘contact’ dengan pemilik kelab Olympiakos iaitu Evangelos Marinakis yang positif COVID-19.

Marinakis turut menjadi pemilik kepada Nottingham Forest. Dan beliau sudah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ada COVID-19.

Dalam satu kenyataan oleh Manchester City, menyatakan: “Aksi Manchester City di gelanggang sendiri menentang Arsenal telah ditangguhkan.”

“Keputusan untuk menunda perlawanan pada malam ini adalah sebagai langkah berjaga selepas mendapat nasihat daripada pakar perubatan.”

“Ini selepas ada individu dari Arsenal yang melakukan ‘contact’ dengan pemilik Olympiakos, Evangelos Marinakis, yang disahkan positif COVID-19.”

“Manchester City FC mendoakan agar Mr Marinakis cepat sembuh. Dan segala informasi lanjut akan dihebahkan. Penyokong Man City dinasihatkan untuk tidak pergi ke Stadium Etihad untuk perlawanan ini.”

Tarikh baru untuk perlawanan ini akan diumumkan kelak.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply