TERKINI: Chong Yee Fatt Ganti Mehmed Durakovic Sebagai Jurulatih Perak

Kerjasama Semuanya BOLA

Chong Yee Fatt

Selepas desas-desus berkeliaran baru-baru ini, Perak akhirnya membuka mulut mengenai isu mereka dengan Mehmed Durakovic.

Hal ini berlaku apabila pasukan tersebut mengesahkan yang jurulatih dari Australia itu tidak akan mengendalikan Perak selepas ini.

Tempatnya digantikan oleh bekas pengarah teknikal Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt.

Menurut ahli lembaga pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed keputusan itu dibuat selepas mereka berjaya berbincang dengan pengurusan Kuala Lumpur United untuk membawa pulang Yee Fatt yang berasal dari Ipoh.

“Keputusan itu [memilih Yee Fatt] adalah hasil cadangan Durakovic sendiri. Satu rundingan telah dibuat dengan pihak Kuala Lumpur United untuk mendapatkan khidmat beliau,” kata Khairul dalam kenyataannya.

Kenyataan Media Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, YB Khairul Shahril Mohamed mengenai kedudukan semasa pasukan Perak FC. #KejorrYobKejorr#KejorrYobSkorr

Posted by Perak TBG on Monday, February 22, 2021

Sementara itu, keputusan Durakovic disisihkan dari jawatan tersebut berlaku akibat permintaan jurulatih itu sendiri yang mahu pulang ke Australia.

“Beliau sendiri memaklumkan yang keputusan dibuat kerana mahu pulang ke Australia untuk menyelesaikan hal keluarga.”

Difahamkan yang persetujuan secara bersama diambil oleh Perak dan Durakovic untuk menamatkan kontraknya.

Kehadiran Yee Fatt ibarat sirih pulang ke gagang apabila beliau sebelum ini pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Karl-Heinz Weigang pada 2011 hingga 2013 serta 2017.

Yee Fatt turut pernah beraksi untuk Perak pada 1981 hingga 1983 dan 1986.

Baca juga artikel kami mengenai Perak FC:

Ini Pandangan Anak Jati Perak Berkenaan Logo Perak FC Yang Terkini

‘Bola Sepak Adalah Sukan Rakyat’ – Teguran ‘Makan Dalam’ Sultan Nazrin Kepada Pengurusan Perak FC

Jika Terus Buat Keputusan Sendiri, Kepimpinan Perak FC Usah Tagih Sokongan Penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply