TERKINI: Bayern Munich Sahkan Sule Akan Jalani Pembedahan

Bayern Munich mengesahkan bahawa Niklas Sule mengalami kecederaan ACL pada bahagian lutut sebelah kiri beliau.

Kecederaan itu beliau dapat ketika aksi Bundesliga menentang Augsburg, di mana Bayern Munich terikat 2-2 dalam perlawanan tersebut.

Sule, 24, cuba melakukan cabaran ke atas Florian Niederlechner. Beliau kemudian kelihatan meraung kesakitan. Doktor pasukan terus melakukan pemeriksaan dan penilaian ke atas kecederaan Sule.

Sule terus dikeluarkan daripada perlawanan oleh Niko Kovac.

Pemain kebangsaan Jerman itu akan menjalani pembedahan pada hujung minggu ini. Berdasarkan kenyataan Bayern Munich ianya akan dilakukan pada Ahad. Namun penilaian akan terus dibuat dari semasa ke semasa.

Sebelum itu, Niko Kovac memberitahu wartawan, pemain itu sudah menjalani imbasan yang dilakukan oleh doktor pasukan.

Dan beliau menjangkakan Sule akan berehat panjang. Ini kerana Kovac melihat keadaan Sule agak serius, namun beliau yakin pemain itu akan kembali dengan lebih kuat selepas ini.

Sule telah menjadi pemain penting Bayern Munich sepanjang musim ini. Beliau pertahanan kental dengan gaya permainan klasik.

Selain daripada kemampuan bertahan yang tinggi, Sule juga memiliki kualiti untuk menghantar bola yang sangat baik.

Kehilangan Sule pastinya memberikan impak kepada sistem permainan Bayern Munich.

Apapun, semoga cepat sembuh kepada Niklas Sule dan dipermudahkan urusan sepanjang proses pemulihan selepas ini.

Untuk info tambahan, Bayern Munich merupakan pasukan yang sangat baik dalam kebajikan pemain. Mereka pernah menawarkan kontrak lanjutan khas kepada Javi Martinez ketika pemain itu mengalami kecederaan ACL.

Martinez diberikan jaminan untuk terus menjalani pemulihan di kelab itu walaupun perubahan pengurus mungkin berlaku, tetapi pemain itu akan tetap ada jaminan kontrak.

Selain itu, pemain seperti Ribery dan Robben juga pernah berhadapan dengan banyak siri kecederaan. Bayern tetap memberikan layanan yang sangat baik kepada mereka selepas jasa mereka kepada kelab.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram