TERKINI: Arsene Wenger Bakal Tinggalkan Arsenal Selepas 22 Tahun

Arsene Wenger akan meninggalkan Arsenal selepas tamat musim ini, sekaligus menoktahkan tempoh 22 tahun sebagai pengurus kelab London itu.

Pengurus berbangsa Perancis itu mengambil keputusan untuk melepaskan posisi beliau di Emirates setahun lebih awal sebelum kontrak beliau dengan Arsenal tamat.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 28: Arsene Wenger manager / head coach of Arsenal during the Premier League match between Crystal Palace and Arsenal at Selhurst Park on December 28, 2017 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

The Gunners menduduki tangga ke-6 EPL dan kelihatan seperti akan terlepas peluang ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) buat musim kedua berturut-turut.

Peluang terbaik Arsenal untuk melayakkann diri ke UCL pada musim hadapan ialah dengan menjuarai UEFA Europa League (UEL), setelah kelab London itu berjaya mara ke separuh akhir pertandingan berkenaan.

Sepanjang tempoh bersama Arsenal, Wenger telah membantu kelab yang berpengkalan di London itu menjuarai tiga gelaran EPL dan tujuh kejuaraan Piala FA.

LONDON, ENGLAND – MAY 19: Arsenal manager Arsene Wenger and captain Patrick Vieira hold the Premier League trophy at Islington Town Hall on May 19, 2004 in London, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Ini termasuklah kejuaraan berganda yang dinikmati oleh Arsenal pada tahun 1998 dan 2002, pada ketika seteru dan sahabat, Sir Alex Ferguson sedang mendominasi bola sepak Inggeris bersama Manchester United.

Mengulas mengenai pengunduran beliau daripada Emirates, Wenger dipetik sebagai berkata:

“Saya amat bertuah dan berbangga kerana berpeluang memberikan khidmat untuk kelab bola sepak ini untuk bertahun lamanya.”

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 17: Sir Alex Ferguson and Arsene Wenger of Arsenal shout instructions from the sidelies during the Barclays Premiership match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford on September 17 2006 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

“Sepanjang tempoh itu, saya menguruskan kelab ini dengan sepenuh komitmen dan integriti.”

“Kepada semua penyokong Arsenal, peliharalah nilai yang telah disemai di kelab ini.”

Sehubungan dengan pengumuman ini, Arsenal turut mengumumkan pengganti kepada Arsene Wenger akan dilantik dengan kadar segera.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN