TERKINI: Arsenal Capai Kesepakatan Untuk Dapatkan David Luiz Dan Kieran Tierney

Jendela perpindahan di Arsenal terus sibuk. Hari ini dilaporkan Arsenal sudah mencapai kesepakatan untuk mendapatkan David Luiz dan juga Kieran Tierney.

Sumber paling dipercayai oleh penyokong Arsenal, David Ornstein mendedahkan, Arsenal akan menyegerakan proses pemeriksaan medikal kedua-dua pemain itu sebelum jendela perpindahan EPL ditutup.

Menurut David Ornstein, perjanjian David Luiz berharga sekitar £8 juta. Pemain itu setuju dengan kontrak 2 tahun di Emirates.

Semalam laporan oleh BBC menyatakan David Luiz sudah bertemu dengan Frank Lampard dan menyatakan beliau mahu ke Arsenal. Luiz kemudian dikecualikan daripada latihan pasukan.

Dalam perkembangan lain, Arsenal juga dilaporkan sudah mendapatkan persetujuan untuk mendapatkan pemain antarabangsa Scoland, Kieran Tierney dari Celtic. Ini antara saga perpindahan yang paling panjang kali ini.

Arsenal setuju membayar £25 juta untuk Tierney dengan tawaran kontrak selama 5 tahun.

Kehadiran David Luiz dilaporkan boleh meletakkan masa depan Mustafi dalam keadaan tidak menentu. Arsenal menerima bidaan daripada Perancis untuk pemain itu.

Jika Mustafi setuju untuk keluar, pemain itu berpotensi untuk dilepaskan sebelum jendela perpindahan ditutup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN