TERKINI: Alumni Skuad Olimpik Munich 1972 Salleh Ibrahim Meninggal Dunia

Salah seorang daripada wakil skuad negara di Sukan Olimpik Munich 1972, Salleh Ibrahim telah disahkan meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut info dari menantunya, punca kematian belum lagi diketahui akan tetapi jenazahnya akan dikebumikan di selepas solat Isyak pada hari ini.

Salleh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan merupakan seorang pemain sayap kiri dan juga kanan. Beliau mempunyai rekod penampilan bersama skuad negara sebanyak 68 kali.

Beliau yang sinonim dengan jersi bernombor 11 ini pernah bermain dengan beberapa pasukan seperti Penjara Malaysia, Perak, Singapura, Kelantan dan juga Kelab Darul Arifah di Singapura.

Sorotan terbaik dalam karier Salleh adalah ketika menjadi sebahagian daripada skuad Olimpik yang bermain di Munich pada 1972. Beliau juga turut menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 Malaysia ke atas Amerika Syarikat.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan takziah dan semoga rohnya akan dicucuri rahmat.

Kredit gambar: Syamsi Suhaimi – Berita Harian Online

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN