Park Hang-Seo: Terima Kasih Anh Duc, Tapi Ia Adalah Usaha Semua Pemain

“Kita berterima kasih kepada Anh Duc kerana menjaringkan gol tapi kejayaan ini adalah usaha 22 lagi pemain dalam pasukan.”

Itulah ungkapan ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo sejurus pasukannya berjaya mengulangi pencapaian pada edisi 2008 selepas menundukkan Malaysia dengan agregat 3-2.

Malam tadi, Vietnam telah menewaskan Malaysia dalam aksi final kedua dengan keputusan 1-0 di Stadium My Dinh.

Vietnam

Hang-seo tidak mahu mengangkat penyerang berpengalaman itu sebagai wira pasukan namun menghargai jasa dan keringat keseluruhan pasukan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2018.

Selain itu, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu turut melontarkan pujian khas buat para penyokong Naga Emas atas sokongan sepanjang kejohanan dwi-tahunan ini berlangsung.

“Pemain berusaha keras untuk memenangi perlawanan ini dan pujian harus diberikan kepada mereka serta semua penyokong Vietnam,” ujarnya dipetik daripada Berita Harian.

Jaringan tunggal Nguyen Anh Duc pada minit ke-6 memastikan Vietnam berjaya merentap semangat seterusnya menewaskan Harimau Malaya di depan penyokong sendiri.

Anh Duc juga mencetak nama selaku penjaring ketika menewaskan skuad negara 2-0 di stadium yang sama pada 16 November yang lalu. Sejak 2007, itu merupakan gol ke-11 peribadinya.

Pemain berusia 33 tahun itu disisihkan dari senarai kesebelasan utama ketika aksi pertama pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk memberi ruang kepada pemain-pemain muda.

Perkara tersebut telah menimbulkan kritikan para penyokong selepas pemain-pemain muda yang beraksi seperti Phan Van Duc, Ha Duc Chinh dan Nguyen Quang Hao gagal memberikan impak.

Foto: Vietnam Times

Akhirnya di halaman sendiri, Hang-seo kembali meletakkan Anh Duc dalam kesebelasan utama dan ianya membuahkan hasil – hanya 6 minit diperlukannya untuk meledak gol pembukaan.

Ini mungkin kejohanan terakhirnya namun ianya berjaya diakhiri dengan kenangan manis apabila berjaya menewaskan Malaysia.

Selain itu, menariknya skuad Naga Emas kali ini adalah mereka memiliki set penjaring gol yang paling ramai dalam Piala AFF kali ini. Mereka miliki set 7 pemain yang telah meledak gol.

Selain Anh Duc dengan 4 gol peribadi, Nguyen Quang Hai dan Nguyen Cong Phuong telah meledak 3 gol, Phan Van Duc dengan dua gol serta masing-masing satu dari Nguyen Huy Hung, Pham Duc Huy, and penyerang muda, Nguyen Tien Linh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN