Terima Banyak Tawaran, Irfan Bakti Belum Buat Keputusan

Bekas pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim mendedahkan bahawa beberapa pasukan di Liga Malaysia berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Namun begitu, Irfan Bakti masih beluam membuat keputusan tentang perkara itu.

Irfan Bakti menegaskan bahawa, beliau masih dalam tempoh bertenang. Ditambah pula, pasukan yang mahukan khidmat beliau adalah pasukan-pasukan yang jauh daripada dari Lembah Klang.

Irfan Bakti, kalau boleh, mahu membimbing pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang.

Dipetik daripada Arena Metro, Irfan berkata: “Setakat ini saya belum milik mana-mana pasukan sama ada dalam saingan Liga Perdana ataupun Liga Super tapi sudah ada beberapa pasukan mahukan khidmat saya.

“Saya minta tempoh bertenang dulu, lagipun pasukan yang berminat untuk dapatkan khidmat saya datangnya jauh dari Lembah Klang.”

Irfan Bakti masih tidak lagi melatih mana-mana pasukan selepas meletakkan jawatan beliau di TFC pada 15 Mei yang lalu. Ianya selepas beberapa keputusan kurang memberangsangkan dicatatkan oleh skuad Penyu.

“Memang benar jika diberi pilihan saya mahu membimbing pasukan sekitar Lembah Klang, tapi setakat ini belum ada sebarang tawaran lagi daripada mana-mana pasukan di sekitar Lembah Klang,” tambah beliau lagi.

https://twitter.com/ArenaHM/status/1189121506090971136

Irfan Bakti nampak gayanya sudah cukup bersedia untuk kembali semula melatih pasukan dalam Liga Malaysia.

Pasukan manakah yang akan dilatih oleh Irfan Bakti selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN