Terima Banyak Mesej Semangat, Halim Saari Hargai Sokongan Semua Pihak

Kerjasama Semuanya BOLA

Halim Saari

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Musim 2021 boleh dikatakan sudah berakhir buat pemain Selangor, Halim Saari selepas beliau disahkan mengalami kecederaan lutut yang serius pada perlawanan menentang Terengganu tempoh hari.

Halim mengalami kecederaan Aterior Cruciate Ligament (ACL) seawal minit keempat dalam aksi yang berlangsung di Gong Badak itu.

Ketika itu, Halim sedang berebut bola dengan Marcel Dechi dan kemudiannya beliau terpusing dan mendarat dengan cara yang janggal.

Selepas disahkan kecederaannya adalah sesuatu yang serius, Halim menerima pelbagai mesej kata-kata semangat terutamanya penyokong Selangor.

Beliau menerusi Twitternya mengucapkan berbanyak terima kasih diatas ucapan yang diberikan kepadanya.

“Sungguh besar ujian tahun ini. Ujian demi ujian. Sabar dengan apa yang berlaku. Allah sebaik-baik perancang.”

“Terima kasih kepada semua ahli keluarga, isteri dan anak saya serta rakan sepasukan. Keluarga FAS [Persatuan Bolasepak Selangor] yang mendoakan, dengan sokongan anda saya bersedia untuk bab seterusnya.”

“Terima kasih semua yang memberikan mesej sokongan.”

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Selangor, Halim dijangka berehat selama sembilan bulan.

Halim dijangka akan menjalani rawatan pada minggu hadapan.

Pemain tengah kental Gergasi Merah, Halim Saari disahkan mengalami kecederaan ACL dan berkemungkinan terpaksa berehat untuk 9 bulan. Beliau dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada minggu hadapan.”

Kecederaan ACL jelas sekali merupakan mimpi buruk buat mana-mana pemain bola sepak. Semoga cepat sembuh kami ucapkan kepada Halim.

Baca juga artikel kami mengenai Halim Saari:

Kecederaan Halim Saari Dan Syahmi Safari Beri Kesan Kepada Skuad Selangor

Halim Saari: “Cheng Hoe Beri ‘Penampilan Sulung Kedua’ Saya Di Bawah Kendaliannya”

Akram Mahinan: “Halim Saari Sesuai Untuk Ambil Alih Tempat Liridon”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply