Terengganu FC Sedia Tambah Derita Pasukan Selangor

Walaupun skuad Terengganu FC (TFC) mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Selangor dalam saingan Liga Super minggu lepas, mereka sekali lagi diundi menentang lawan yang sama pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada hari jumaat ini.

Namun begitu, pemain skuad penyu, Latiff Suhaimi berkata kepada Berita Harian, beliau dan rakan sepasukannya menyifatkan Selangor bukanlah pasukan yang mudah ditundukkan apatah lagi lawan pasti mahu membalas dendam terhadap kekalahan minggu lepas.

“Saya tidak lihat pasukan Selangor mudah untuk ditewaskan, tapi saya sifatkan skuad itu bagaikan harimau luka selepas ditundukkan Perak, Ahad lalu,” kata Latiff Suhaimi.

Latiff Suhaimi ketika menjalani sesi latihan skuad TFC semalam. FOTO: TFC

Menurutnya, TFC tetap berwaspada terhadap ancaman skuad The Red Giants itu meskipun mereka mengalami kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Super selepas 5 perlawanan.

“Biarpun aksi skuad kendalian P Maniam itu tidak begitu konsisten sejak kebelakangan ini apatah lagi saya difahamkan penyokong pasukan itu mendesak jurulatihnya supaya meletak jawatan, tapi bagi kami reputasi skuad itu yang muncul juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali harus dihormati.

“Apatah lagi skuad itu juga memiliki beberapa pemain berpengalaman seperti kapten Razman Roslan, Amri Yahyah, Joseph Kalang Tie, Azamuddin Akil serta senjata importnya yang diketuai penyerang, Rufino Segovia serta dua pemain dari Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Armaiyn.

“Dengan kekuatan pemain lawan selain format perlawanan kalah mati, boleh kami rumuskan bukan senang untuk menjinakkan skuad itu walaupun kami pernah tumpaskan mereka 4-1 dalam saingan liga bulan lalu,” jelasnya.

Skuad TFC membuat persiapan rapi untuk memastikan tiket ke suku akhir Piala FA berjaya dicapai. FOTO: TFC

Bercakap kepada Semuanya BOLA dalam majlis pra-pelancaran lagu rasmi Selangor di The Curve, Mutiara Damansara minggu lalu, pengendali Selangor, P. Maniam telah mengenalpasti 3 kelemahan ketara pasukannya selepas dimalukan Terengganu 1-4 dalam saingan Liga Super.

“Ketika menentang Melaka [United], pemain-pemain muda kita beraksi dengan cemerlang. Tetapi menentang Terengganu di hadapan hampir ribuan penyokong mereka sendiri, pemain-pemain muda kita banyak melakukan kesilapan kerana kekurangan pengalaman,” kata Maniam.

“Saya mahu melihat bagaimana pemain-pemain muda kita ini bangkit dan memberi respons daripada kesilapan ini. Itulah sebabnya kita memberikan peluang bermain kepada mereka. Supaya mereka menjadi pemain yang lebih bagus.”

Maniam turut memberi komen beliau terhadap pemain-pemain muda berbangsa India beliau yang mendapat ejekan perkauman oleh sebahagian kecil penyokong Terengganu – sehingga menyebabkan D. Kugan hilang fokus pada separuh masa pertama.

“Perkara ini kadang-kadang akan berlaku. Ia memberi pengalaman berguna kepada pemain-pemain muda kita. Mereka tak pernah bermain di depan penyokong sebegitu. Jadi saya harapkan mereka menggunakan pengalaman ini untuk menguatkan mental mereka pada masa akan datang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN