Terengganu FC Sambar Bekas Pemain Import Kelantan

Skuad Terengganu FC (TFC) berjaya sambar bekas pemain import UiTM FC  dan Kelantan iaitu Do Dong Hyun di saat akhir sebelum pintu perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) ditutup sepenuhnya semalam.

Pemain dari Korea Selatan itu yang sepatutnya menyertai Selangor membuat keputusan untuk menyertai skuad penyu itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai perpindahan pemain itu.

Bercakap kepada Berita Harian, pengendali TFC Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan perkara itu setelah beliau mendapat ‘lampu hijau’ daripada pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk mengikat pemain itu.

“Dong Hyun yang juga bekas pemain import Kelantan sebelum digugurkan kini sah menjadi milik TFC dan kedatangan pemain berusia 24 tahun itu ternyata menggembirakan kem pasukan.

“Dengan kehadiran bekas pemain B-20 Korea Selatan itu yang pernah beraksi di Australia bersama kelab Brisbane Roar bermakna penyerang Bruno Suzuki akan dihantar pulang ke pasukan asalnya Terengganu FC II (TFC II), manakala pemain import TFC II, Lee Jun Hyeob akan digugurkan,” kata Irfan.

Difahamkan Dong Hyun akan mengisi slot import Asia pasukan itu bagi menggantikan Bruno Suzuki yang dilihat gagal menampilkan prestasi cemerlang selepas beberapa perlawanan.

SELAMAT DATANG KE TERENGGANU FC DIUCAPKAN KEPADA DO DONG YUN!Dong Yun is now BLACK AND WHITE!🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite#PetehTranungPeteh

Posted by Terengganu Football Club on Sunday, June 3, 2018

Irfan menyifatkan Don Hyun merupakan antara pemain import dari Asia yang berkualiti tinggi dan mampu beraksi dengan baik di posisi serangan.

“Pemain yang boleh beraksi di posisi penyerang dan sayap itu adalah pemain berkualiti sebagaimana ketika beraksi bersama Kelantan dengan meledak empat gol manakala dengan UiTM 13 gol dalam saingan Liga Perdana musim lalu.

“Justeru kami harap pemain itu mampu membuktikan aksinya masih bagus dan mampu memberi impak berkesan kepada pasukan,” kata Irfan yang mengikat pemain itu hingga hujung musim ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram