Terengganu FC Ada Tawarkan Kepada PJ City Untuk Bermain Di SSMZA

Terengganu FC PJ City Tunda Perlawanan

Masih ingat penjelasan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung penundaan aksi minggu ke-4 CIMB Liga Super 2020 antara PJ City FC dan Terengganu FC yang disebabkan oleh tuan rumah, PJ City yang gagal menyediakan venue perlawanan?

Beberapa hari lalu, Terengganu telah mengeluarkan kenyataan balas kepada penjelasan tersebut yang dilihat mempunyai beberapa maklumat tidak tepat.

Kenyataan MFL; “cadangan untuk menukar venue ke SSMZA dengan TFC menjadi tuan rumah tidak dapat dilakukan berikutan pasukan TFC sudah membuat tempahan tiket penerbangan dan penginapan bagi menghadapi perlawanan berkenaan.”

Terengganu menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana mereka telah menawarkan kepada PJ City untuk beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin beberapa kali, namun telah ditolak oleh pasukan tersebut.

PJ City memaklumkan yang mereka kepenatan kerana baru sahaju bermain di tempat lawan sebelum itu iaitu bertemu Perak di Stadium Perak, Ipoh, pada 11 Mac.

Selain itu, Terengganu juga telah berhubung sebanyak lima kali bersama pegawai di PJ City mengenai tawaran perubahan vanue serta turut bercakap bersama pegawai MFL mengenai status perlawanan tetapi berkesudahan dengan tiada ketetapan lagi.

Pada sebelah petang 12 Mac, pihak MFL memaklumkan yang cubaan PJ City untuk menggunakan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, juga gagal direalisasikan.

“Isu pembelian tiket dan tempahan hotel pula, sepatutnya tidak menjadi isu oleh kerana tawaran dibuat sebelum TFC membuat pembelian tiket penerbangan pada 12 Mac 2020 pada pukul 4.30 petang.

“Dan tempahan hotel pula tiada masalah kerana belum membuat pembayaran dan pembatalan pula boleh dibuat tanpa dikenakan sebarang caj,” jelas kenyataan balas Terengganu melalui posting di laman sosial pasukan tersebut.

Pihak pengurusan Terengganu dalam pada itu mengharapkan agar MFL akan membuat keputusan sewajarnya mengenai denda yang dikatakan akan dikenakan terhadap PJ City akan ditentukan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Keputusan untuk memohon menunda perlawanan terpaksa dibuat oleh Terengganu sendiri kerana melihat keadaan kesiapsiagaan dan kesulitan pasukan berkenaan mengenai status perlawanan dan juga venue mana untuk dituju.

KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC

Baca artikel lain kami mengenai Terengganu FC:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN