Terengganu Amateur League 2019: Kerteh FC Muncul Juara Liga Premier

Kerjasama Semuanya BOLA

Jaringan tunggal Mohd Izzul Fadhli pada minit ke-55 ketika bertemu UNISZA Rangers sudah cukup untuk menobatkan Kerteh FC selaku juara Liga Premier saingan Terengganu Amateur League (TAL) 2019.

Meskipun saingan masih berbaki satu perlawanan, Kerteh FC yang mengumpul 16 mata hasil lima kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan tidak lagi mampu dikejar pasukan tangga kedua, Delima Warriors [12 mata].

Kejayaan bermakna diraih kelab yang lebih dikenali sebagai The Oilers itu menyaksikan mereka akan dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super TAL 2020.

Pengorbanan serta kerja keras daripada semua pihak yang dilihat sudah mula membuahkan hasil buat pasukan tersebut.

Layak ke suku akhir Piala TAL 2019

Empat pasukan kelompok teratas Liga Super dan dua pasukan teratas Liga Premier layak secara automatik ke peringkat suku akhir Piala TAL 2019.

Ini bermakna Kerteh FC sudah pun menempah slot ke persaingan yang akan dijalankan secara format kalah mati itu.

Baki dua pasukan lagi akan diisi oleh pemenang peringkat playoff di antara pasukan tempat ke-5 dan 6 Liga Super yang akan bertemu pasukan tangga ke-3 dan 4 Liga Premier.

Fakta menarik Izzul Fadhli

Menurut sumber rasmi kelab tersebut, Izzul Fadhli yang merupakan penjaring terbanyak buat Kerteh FC dengan enam gol selepas mengharungi tujuh perlawanan bakal menjulang trofi Liga Premier buat kali kedua berturut-turut.

Pada musim lalu, Izzul Fadhli bersama-sama rakan sepasukannya di Kerteh FC, Hafidz Zahari telah memenangi gelaran yang sama ketika menyarung jersi pasukan Dspex FC.

Kredit foto: Kerteh FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram