VIDEO: Penerangan Asal Usul Tendangan Kung-Fu Eric Cantona

Siapa masih ingat dengan Eric Cantona? Pemain yang menjadi pujaan peminat Manchester United satu ketika dahulu ketika era 90-an.

Antara saat-saat menarik beliau sebagai pemain Manchester United adalah beliau melakukan tendangan kung-fu terhadap seorang penonton satu ketika dahulu.

Cantona kemudiannya dikenakan hukuman berat oleh FA England, namun selepas karier beliau merasakan peristiwa itu adalah peristiwa terbaik dalam kariernya.

Hal ini kerana beliau dapat menendang seorang hooligan yang tak patut berada di dalam stadium menonton bola sepak – ia merupakan kepuasan untuk Cantona.

Dalam video ini, peristiwa itu diterangkan secara mudah kepada anda semua. Tontonlah!

Baca juga: Mengenang Kisah Korea Utara ‘Menjuarai’ Piala Dunia 2014, Belasah Brazil 8-1

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply