Telefon Pintar JDT – OLA, Mulai Dijual Di Pasaran Sekarang!

Akhirnya telefon pintar JDT dilancarkan pada hari ini kepada umum. JDT mendapatkan khidmat EXMobile untuk merealisasikan impian ini.

Menjadikan JDT pasukan pertama di negara ini yang mengeluarkan telefon pintar sendiri. Majlis pelancaran yang berlangsung pada 15 April 2017 pada 10 pagi tadi turut dihadiri wakil EXMobile iaitu Encik Leng Yap.

Manakala JDT menerusi Encik Romain Biasse (Pengarah Pemasaran JDT) menganggap usaha ini sebagai pengikitirafan kepada kira-kira 1.5 juta orang peminat JDT yang sering melayari laman sosial Johor Southern Tigers.

Selepas ini para penyokong boleh merapatkan lagi semangat JDT ketika melayarai alam maya dengan jenama telefon pintar JDT, iatu OLA melalui akses terus daripada telefon pintar JDT ini.

Buat masa ini, telefon pintar ini didatangkan dengan 2 edisi utama:

1. OLA – JDT FC Black Matte Special Edition
2. OLA – JDT FC White Rose Gold Special Edition.

Foto: JST

Ia juga hadir dengan ciri-ciri khas. Antaranya :

JDT FC OLA Black Matte Special Edition dan White Rose Gold Special Editions adalah telefon pintar yang tidak berbucu tetapi agak bulat (well-rounded).

Dilengkapi dengan ciri-ciri lima-inci IPS paparan HD, 16GB rom capacity yang (upgradable) dengan kad memori miniSD 32GB, unit kamera 8.0 MP di belakang.

Unit kamera hadapan dengan 5.0 megapixel. Dilengkapi dengan aplikasi membuka dan mengunci peranti menggunakan sensor cap jari.

2GB RAM, menggunakan kemaskini Android 6.0 Marshmallow, isyarat Pintar (smart gesture) yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai ciri telefon dengan mudah.

5 titik skrin sesentuh pelbagai (5 Points Multi-Touch Screen) dengan rekaan dan ketahanan yang pergi jauh melebihi batasan konvensional dalam segmen harganya.

OLA juga mempunyai integrasi sepenuhnya dan akses terus ke platform digital rasmi Southern Tigers. Banyak lagi ciri-ciri khas terutama untuk penyokong JTD dalam OLA ini.

Telefon pintar JDT-OLA akan dijual dengan harga RM599 setiap unit. Anda boleh dapatkan ia segera di semua cawangan EXMobile di seluruh Malaysia, bermula 15hb April 2017 (Sabtu).

Untuk yang mahu membeli secara atas talian, anda boleh terus ke laman facebook JST dan klik pada ruangan niaga.

Namun penghantaran telefon yang dibeli atas talian ini hanya akan dibuat selepas 23 April untuk kawasan Timur Malaysia, Semenanjung Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam & Thailand.

Bagi negara-negara yang lain, pelanggan masih boleh berbuat demikian cuma prosedur penghantaran itu akan dibuat secara berperingkat.

Telefon pintar ini juga akan mulai dijual di Stadium Larkin selepas hari pelancaran ini.

Dikhabarkan, OLA akan menjadi antara hadiah untuk dilepaskan pada setiap sebelum berlangsungnya perlawanan yang diadakan di Stadium Larkin melibatkan JDT.

Cetusan idea ini adalah dari TMJ. Baginda mahu memastikan jenama JST terus berkembang.

Satu usaha yang baik daripada pihak pemasaran jenama JST. Mereka sudah memiliki rantaian produk yang pelbagai untuk dibeli orang ramai.

Ini juga salah satu cara untuk mereka mendapatkan pendapatan tambahan menggunakan jenama mereka.

Secara tidak langsung ia juga membantu kelab untuk mempromosi jenama kelab dan juga pasukan bola sepak mereka menerusi peranti yang paling popular di dunia iaitu telefon pintar.

Baca juga: VIDEO: JDT Lancar Telefon Pintar Sendiri, Bakal Dijual Kepada Umum Esok

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN