Tekanan Oleh Penyokong Malaysia Hanya Beri Semangat Kepada Pemain Indonesia – Yeyen Tumena

Sorakan daripada penyokong skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil sering kali menjadi topik utama perbincangan media tempatan dan antarabangsa menjelang perlawanaan penting membabitkan pasukan negara.

Thailand umpanya sudah sedia mengetahui bagaimana atmosfera yang mampu dijelmakan oleh penyokong negara. Namun di sebalik keyakinan skuad Gajah Perang dalam pertemuan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, skuad kendalian Akira Nishino tetap tumbang tempoh hari.

Bagi Yeyen Tumena yang mengambil alih peranan Simon McMenemy yang dipecat dari jawatannya selaku Ketua Jurulatih skuad Garuda baru-baru ini, tekanan yang diberikan oleh penyokong pasukan lawan di Bukit Jalil nanti sekadar akan memberikan motivasi buat pemain kendaliannya.

Foto: PFAM

Ini kerana rata-rata pemain Indonesia sememangnya sudah biasa beraksi di hadapan tekanan penyokong yang ramai dalam pertandingan Liga 1 Indonesia.

“Puluhan ribu penyokong Malaysia akan hadir bakal menjadi lawan kepada pemain kami dan itu merupakan satu hal yang positif untuk pemain kami,” ujar beliau dalam sidang media pra perlawanan pada hari ini.

“Pemain kami sudah biasa beraksi di hadapan stadium yang penuh. Bukan saja ketika beraksi bersama skuad kebangsaan malah ketika beraksi bersama kelab dalam saingan domestik.

“Saya boleh katakan tekanan yang bakal diberikan oleh penyokong tuan rumah bakal memberikan semangat  tambahan terhadap pemain.”

Mengenai kedudukan Simon, Yeyen berkata jurulatih dari Scotland itu masih berada bersama pasukan dan semua pemain dan jurulatih menghormati kehadiran beliau.

simon-mcmenemy-indonesia
FOTO: Abi Yazidn Tumi

Perlawanan menentang Malaysia esok adalah perlawanan pertama Indonesia di bawah kendalian Yeyen.

“Kita sudah melakukan persiapan awal termasuk melihat perlawanan Malaysia menentang Thailand sebelum ini pasti banyak perubahan perlu dilakukan,” katanya.

Perlawanan malam esok menyaksikan Malaysia yang berada di kedudukan keempat Kumpulan G dengan enam mata perlu meneruskan momentum kemenangan menentang Indonesia bagi mencerahkan peluang untuk sekurang-kurangnya berada di tangga kedua kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN