Tekad Pecah Tradisi, PUMA Tampil Dengan Konsep ‘Streetwear’ Pada Jersi Ketiga

PUMA

Baru-baru ini, jenama pakaian sukan iaitu PUMA telah melancarkan jersi ketiga bagi semua kelab-kelab utama Eropah yang ditaja mereka.

Dibuat dalam satu majlis pelancaran khas yang dikenali sebagai The Show secara maya, PUMA memperkenal 10 jersi ketiga baharu melibatkan pasukan-pasukan seperti AC Milan, Manchester City dan Olympique Marseille.

10 jersi ketiga baharu yang diperkenal PUMA dalam rancangan The Show baru-baru ini. GAMBAR: PUMA

Apa yang menariknya, PUMA mengambil langkah drastik dengan memecah tradisi rekaan jersi yang lazimnya dibuat secara konvesional dan membentuk evolusi dalam lakarannya.

Mereka memilih untuk memadankan bola sepak dengan budaya pakaian streetwear sambil mereka menzahirkan perasaan berani atau fearless dalam rekaan jersi yang dihasilkan.

Menurut Ketua Kanan Reka Bentuk Teamsport, Carl Tuffley, adalah menjadi misi PUMA untuk mencabar tradisi rekaan jersi dan mencipta evolusi.

“Misi kami adalah untuk mencabar tradisi rekaan jersi bola sepak. Kami mahu melihat rekaan jersi menerusi lensa baharu dan menolak batas itu sejauh boleh.”

“Kita boleh bermain selamat [dengan melakukan rekaan tradisional], tetapi kami mahu mengubah persepsi jersi bola sepak konvensional.”

Jersi ketiga sering dianggap sebagai peluang kepada pengeluar jersi untuk menampilkan rekaan yang diluar warna dan corak tradisi sesebuah kelab.

Dan kerana itulah PUMA mengambil peluang tersebut.

“Jersi ketiga membolehkan kami untuk menjadi berani, jadi kami mahu menyemarakkan semula jersi-jersi ini dan membawa mereka ke hala tuju yang baharu.”

Langkah berani

Corak rekaan jersi ketiga baharu PUMA ini dilihat cukup berani dan ianya boleh diihat cukup jelas di bahagian depan.

Hal ini kerana, satu elemen penting jersi telah dialihkan iaitu logo pasukan dan ianya digantikan dengan nama pasukan.

Nama pasukan itu kemudiannya ditulis di paras dada sebelum logo penaja pasukan diletakkan di bawah sementara lambang PUMA di bahagian atas.

Jadi ke mana logo pasukan di bawa?

Ianya dibawa ke bahagian belakang jersi dengan ianya diletakkan di bawah kolar jersi.

Jersi ketiga PUMA ini dihasilkan menggunakan polyster yang dikitar semula sepenuhnya. Ianya turut ditambah dengan teknologi PUMA dryCELL yang membantu pemain untuk kekal kering dan selesa sepanjang beraksi.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply