Teemu Pukki Dinobatkan Sebagai Pemain Terbaik Liga Kejuaraan Inggeris

Penyerang dari Finland, Teemu Pukki cipta sejarah tersendiri apabila menerima anugerah Pemain Terbaik Liga Kejuaraan Inggeris (EFL Awards) pada musim ini.

Pemain yang beraksi dengan kelab Norwich City tersebut mengatasi dua calon lain iaitu pemain Sheffield United, Billy Sharp dan Che Adams (Birmingham City) untuk meraih anugerah itu, semalam.

Pukki merupakan tongga utama Norwich City dan membantu kelabnya melonjak ke tangga teratas Liga Kejuaraan dan kian hampir beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Malah, beliau turut beraksi cemerlang apabila melakukan sembilan bantuan (assist) untuk rakan sepasukan merupakan penjaring terbanyak Liga Kejuaraan dengan 26 gol dalam 37 penampilan.

Pemain berusia 29 tahun itu akui bangga dengan pencapaiannya bersama kelab itu selepas ditandatangani menerusi perpindahan percuma pada musim panas lalu dari kelab Denmark, Brondby.

“Ia satu penghormatan untuk memenangi anugerah ini. Saya benar-benar gembira dengan pengiktirafan ini. Saya benar-benar seronok menikmati saingan musim ini, beraksi dalam liga fantastik tetapi kami semua tahu masih ada banyak perlawanan lagi perlu dihadapi.

“Terdapat ramai pemain hebat pada majlis kali ini, jadi ia sangat istimewa dapat memenangi anugerah berada di tangan saya ini.” katanya.

Dalam anugerah tersebut, penyerang Luton Town, James Collins dinobatkan selaku Pemain Terbaik League One musim ini. James Norwood meraih anugerah pada untuk League Two.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram