Tanpa Renan Alves & Syazwan Tajudin, Kedah Buat Rombakan Di Benteng Lagi

Zulkhairi Zulkeply Fayadh Zulkifli Kedah 2021

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal berdepan Sabah dengan rombakan di benteng pertahanan sekali lagi untuk aksi minggu kedua Liga Super 2021, malam ini.

Selepas kehilangan Renan Alves ketika tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Sumbangsih pada Jumaat, dilaporkan dua lagi pemain bakal diketepikan pula malam ini iaitu bek tengah, Syazwan Tajudin dan penjaga gol, Ifwat Akmal.

Syazwan Tajudin telah digandingkan bersama Rodney Calvin di bek tengah dalam perlawanan tersebut terlebih dahulu yang akhirnya menyaksikan beliau diusung keluar dan digantikan oleh Amirul Hisyam selepas sejam perlawanan berlangsung.

Ifwat Akmal pula telah digantikan oleh Shahril Sa’ari selepas bertembung dengan Safawi Rasid dalam usaha menghalang pemain tersebut menghasilkan gol kedua.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin ketika bercakap kepada Astro Arena memaklumkan yang bek import asal Brazil, Renan Alves akan diuji kecergasannya menjelang aksi berdepan Sabah dan hasil pemantauan, pemain itu mungkin tidak akan beraksi.

Astro Arena yang berada di lokasi latihan Kedah menyaksikan pemain itu hanya berlatih sendirian di tepi dan berlari-lari di tepi padang serta tidak menyertai latihan.

Ini mungkin petanda yang Kedah akan menyisihkan beliau sekali lagi pada malam ini. Kata Aidil Shahrin kepada Astro Arena, “Ya, Ifwat Akmal akan disisihkan. Mungkin dua ke tiga minggu tetapi ia tidak begitu serius. Syazwan Tajudin juga 50-50.”

“Selain mereka berdua, yang lain cergas dan saya tidak risau kerana kita memiliki ramai pemain lain yang boleh menggantikan mereka,” ulas Aidil Sharin lanjut.

Jadi, timbul persoalan kini, siapa yang bakal menjadi pengganti kepada pemain-pemain yang bakal tersisih nanti? Mengikut kepada senarai yang dimiliki Aidil Sharin, posisi penjaga gol pasti akan diambil alih oleh Shahril Sa’ari, malam ini.

Untuk bek tengah, Rodney Calvin dijangka akan mendapat gandingan baharu. Sama ada Amirul Hisyam akan ditugaskan sekali lagi selepas menggantikan Syazwan Tajudin dalam aksi berdepan JDT atau pemain lain yang akan diturunkan.

Antara pemain yang boleh disenaraikan berdepan The Rhinos adalah Zulkhairi Zulkeply, Loqman Hakim atau kudrat pemain kelahiran Singapura, Anumanthan Mohan.

Melihat kepada sesi latihan yang dikongsi laman sosial KDA FC, kelihatan Ariff Farhan Md Isa sudah menjalani latihan dan mungkin beliau bakal membuat ‘comeback’ untuk bek kiri, sementara untuk bek tengah, ia akan tinggal persoalan hingga malam ini.

Rombakan di benteng Kedah pasti akan berlaku dengan masalah kecederaan dan bagaimana pemain melaluinya berdepan Sabah pastinya menarik untuk disaksikan.

KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah Darul Aman:

Piala Sumbangsih 2021: 5 Perkara Tentang JDT vs Kedah

3 Pilihan Yang Ada Buat Kedah Untuk Gantikan Ariff Farhan

Anumanthan Mohan, Rabih Ataya Bakal ‘Suntik’ Perubahan Di Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN