Tanpa Brendan Gan, Adakah Liridon Taruhan Terbaik Sebagai ‘Pencatur’

Brendan Gan Liridon Krasniqi Malaysia 2021 kelayakan Piala Dunia

Semua mata kini tertumpu kepada kemampuan pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi untuk mencatur jentera tengah skuad Harimau Malaya berdepan UAE, 3 Jun depan.

Ini kerana, ketiadaan Brendan Gan untuk aksi berdepan UAE pastinya bakal sedikit menjejaskan persediaan skuad negara apabila akan melalui proses penggantungan satu perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning dalam lima perlawanan.

Aksi Brendan Gan dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum pusingan kelayakan tertangguh sukar ditandingi oleh mana-mana pemain. Beliau menjadi pemain paling berbahaya dengan gerakan dan hantaran-hantarannya kepada penyerang.

Beraksi dalam semua aksi kelayakkan setakat ini, Brendan Gan telah berganding bersama Nor Azam Azih, Halim Saari, Syamer Kutty Abba dan Afiq Fazail. Dengan formasi terkini Cheng Hoe iaitu 4-3-2-1, Liridon Krasniqi pasti akan disenaraikan.

Mengapa dikatakan Liridon Krasniqi yang menjadi penggantian terus kepada ketiadaan Brendan Gan? Ini kerana, pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe sendiri pernah mengatakan bahawa Liridon Krasniqi adalah pengganti kepada Brendan Gan.

Bercakap kepada Berita Harian Mac lalu, Cheng Hoe berkata tentang penggantinya, “Kita ada mencuba beberapa pemain pilihan untuk mengganti Brendan [Gan].

“Kita nampak macam Nazmi [Faiz], Danial Amier Norhisham selain beberapa pilihan lain seperti Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Azih. Selain itu kita juga mengharapkan Liridon [Krasniqi] nanti dapat dipanggil,” jelas Cheng Hoe mengenainya.

Dengan Liridon Krasniqi sudah boleh dipanggil kini, hajat Cheng Hoe sudah tercapai. Sebagai insan yang amat mengenali gaya permainannya, Cheng Hoe sudah tentu memiliki perancangan untuk bagaimana menggunakannya berdepan UAE.

Cheng Hoe pernah bekerjasama dengan Liridon Krasniqi ketika membawa Kedah untuk kembali ke saingan Liga Super musim 2016 dan pemain itu merupakan arkitek serta pencatur terbaik dimiliki Kedah sepanjang empat musim di sana.

Apa yang perlu dikurangkan oleh Liridon Krasniqi nanti adalah tidak terlalu ‘overplay’ sebagaimana yang beliau adakalanya lakukan ketika bersama Kedah. Namun, mungkin tempoh pinjamannya bersama Newcastle Jets ada mengajarnya sesuatu.

Berdepan UAE, Malaysia dalam misi untuk menebus kekalahan 1-2 di Stadium Bukit Jalil pada September 2019 selain misi mengejar mata maksimum bagi membolehkan Harimau Malaya mempunyai kelebihan dalam aksi Kumpulan G nanti.

Dengan Korea Utara menarik diri daripada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, mekanisme baharu masih belum diumumkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan ini memaksa Malaysia memburu mata maksimum.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:

Tan Cheng Hoe: Fokus Pada Perlawanan & Tunggu Keputusan AFC

Liridon Krasniqi Jumpa Ronaldinho Minta Tips Sebelum Sertai Skuad Harimau Malaya?

Cheng Hoe Harap Liridon Mampu Beri Impak Positif Kepada Harimau Malaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN