Tanpa Bintang Brazil, Pahlawan Liverpool Intai Peluang Untuk Diturunkan

Brazil Pahlawan

Tanpa bintang Brazil, Liverpool bakal menurunkan pahlawan sejati mereka dalam senarai kesebelasan utama bertemu Leeds United nanti.

Tiga negara dari Amerika Selatan telah menghalang pemain mereka dari tujuh kelab dalam saingan Premier League untuk turun beraksi dalam mana-mana perlawanan domestik.

Hal itu telah mencetuskan kontroversi dan mengundang rasa tidak senang kelab-kelab yang terlibat, kerana terpaksa menyusun strategi baru menghadapi perlawanan pada hujung minggu ini.

Manchester City, Liverpool, Manchester United, Chelsea, Leeds United, Newcastle dan Wolves antara yang terkesan dengan hal tersebut, jika ia tidak diselesaikan dalam masa terdekat ini.

Kesemua tujuh pasukan tersebut gagal untuk melepaskan pemain mereka beraksi bersama skuad kebangsaan masing-masing pada rehat antarabangsa baru-baru ini.

Hal itu berlaku kerana Premier League menghalang pemain dari negara yang disenaraikan dalam senarai zon merah, untuk tidak pulang ke negara masing-masing.

Tujuan keputusan itu diumumkan adalah untuk mengelakkan masalah kuarantin yang akan mengganggu perjalanan dalam saingan Liga, Champions League, Europa League dan segala perlawanan pada minggu hadapan.

Brazil, Paraguay dan Mexico kesemuanya telah menghalang 10 pemain mereka dari terlibat dalam mana-mana aksi perlawanan liga.

Ketiga-tiga negara tersebut telah menuntut FIFA untuk meletakkan halangan selama lima hari kepada para pemain mereka, atas permintaan dari persatuan bola sepak kebangsaan masing-masing.

Hal itu mengundang pelbagai masalah di kalangan kelab-kelab dalam saingan Premier League, dan menyebabkan mereka menghantar rayuan kepada FIFA agar hal tersebut dibatalkan.

Walau bagaimanapun, hal tersebut sepertinya bakal menjadi berita gembira untuk segelintir pemain yang sudah lama diketepikan dan tidak dapat beraksi bersama kelab masing-masing.

Memandangkan Alisson Becker berkemungkinan akan diketepikan, penjaga gol Ireland, Kelleher dijangka bakal diturunkan sebagai penjaga gol utama The Reds.

Dan kerana Adrian kini bukan lagi ‘back up’ untuk Alisson, maka penjaga muda itu jelas bakal menjadi pilihan utama dan akan diturunkan dalam aksi bertemu Leeds United di Elland Road nanti.

Ia tentunya waktu-waktu yang dinanti-nantikan oleh penjaga gol kedua Liverpool itu, yang mana beliau pada musim lalu sempat membuat lima penampilan.

Para penyokong The Reds tentunya tidak akan lupa bagaimana beliau melakukan aksi penyelamatan yang sungguh menakjubkan ketika bertemu Ajax dalam saingan Champions League musim lalu.

Jadi, walau tanpa Alisson, para penyokong dan pengurus kelab sepertinya tidak begitu risau akan hal tersebut kerana penjaga gol kedua mereka juga mempunyai kualiti yang bagus.

Selepas berlakunya hal ini, satu-satunya pemain yang dirindui aksinya oleh para penyokong Liverpool tentunya Divock Origi.

Pemain kebangsaan Belgium itu akan terus dikenang sebagai wira kelab selepas mempamerkan aksi yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika saingan Champions League musim 2018/19.

Walau bagaimanapun, selepas dari aksi hebatnya itu, Origi sukar untuk mengekalkan tahap persembahan yang sama dan menyebabkan beliau sering diketepikan.

Memandangkan Firmino berkemungkinan tidak boleh diturunkan, dan dengan kecederaan yang dialami oleh bintang Jepun, Takumi Minamino, peluang untuk Origi diturunkan beraksi sangat tinggi.

Beliau berkemungkinan akan diturunkan pada aksi bertemu Leeds nanti, dan tentunya peminat berharap agar pahlawan mereka itu akan mampu untuk buktikan sesuatu.

Jurgen Klopp sendiri sebelum ini menilai Origi sebagai legenda kelab dan penyokong The Reds turut pernah mengeluarkan ungkapan yang berbunyi:

“Bola sepak tiada makna tanpa Origi”

Jadi semoga saja andai Origi diberikan kesempatan untuk turun beraksi, beliau akan mampu membuktikan sesuatu dan akan kembali diangkat menjadi pahlawan The Reds.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply